Sesi pra-tonton Proton Perdana terbaru!

Kickbola.net
Proton Perdana 2016 masih berbungkus
klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Intai-intai Proton Perdana baharu!

Sempena pelancaran rasmi Alami Proton yang disempurnakan oleh Pengerusi Proton, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi semalam, ada lah sesi pra-tonton sikit Proton Perdana baharu.

Walaupun Tun selak sikit je kain penutup kereta tersebut, tapi kita dapatlah melihat bumpar hadapan yang siap dengan skirting, rim aloi, lampu dan diffuser bumpar belakang yang dilengkapi dengan corong ekzos dan pemantul cahaya.


Dikatakan kereta tersebut adalah unit paling hampir dengan model produksi dengan sedikit penambahbaikan. Mungkin ini adalah versi dipertingkatkan dari model prototaip awal yang membuat penampilan istimewa dalam filem Kapsul. Nampak lebih kemas dan agak elegan lengkung bentuk bumbungnya jika hendak dibandingkan dengan model dalam filem tersebut. Jadi kita boleh bayangkan versi sebenar adalah lebih menarik dari yang ini.


* Sebenarnya ramai juga yang sangat teruja nak lihat model ini, tapi apakan daya Proton belum lagi bersedia nak mempertontonkannya mungkin disebabkan model ini masih lagi dalam peringkat pembangunan. Harap bersabar ye, nantikan foto risikan yang berikutnya nanti!



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan