Kerajaan Akan Gantikan Proton Perdana Executive dan Proton Inspira Dengan Honda Accord 2.4L dan 2.0L
Satu surat pekeliling untuk mengumumkan penggantian kereta Proton
Perdana Executive dan Proton Inspira kepada Honda Accord 2.4L dan 2.0L
telah pun dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Penggantian kereta rasmi
ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada
pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive.
Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana
Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai
Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord
2.4 liter.
Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang
menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord
2.0 liter. Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Semoga dengan penukaran kereta rasmi ini akan membangkitkan lagi
semangat untuk para pegawai kerajaan untuk bertugas memajukan negara
kita Malaysia.