Model sedan kompak Perodua Jaguh akan dilancarkan

Kickbola.net Adakah Perodua Jaguh benar-benar wujud? Lagi beberapa keping imej dari ‘brochure’ didedahkan!.

Sudah lama kita mendengar desas-desus mengenai kemungkinan pengeluaran sebuah model terbaharu dalam kategori sedan kompak dari Perodua, tetapi setakat ini pihak Perodua masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kebenarannya. 


Adakah anda percaya bahawa Perodua benar-benar serius untuk melancarkan sebuah model sedan untuk pasaran Malaysia?

Terkini, berita yang agak menggemparkan namun masih belum dapat disahkan ialah Perodua akan melancarkan sebuah model sedan dalam tempoh terdekat ini, buktinya ialah ‘brochure’ model berkenaan telah pun bocor melalui laman blog Theophilus Chin. Nama model berkenaan iaitu Perodua Jaguh sememangnya agak unik, ia mengingatkan kita kepada sebuah motosikal ‘chopper’ tempatan keluaran Modenas.

Perodua Jaguh? Sukar dipercayai, tetapi mungkin ada kebenarannya. Melihat kepada gambar di atas, model yang dimaksudkan itu merupakan salinan daripada model Toyota Etios yang ketika ini sudah berada di beberapa pasaran negara luar seperti India. Jadi, adakah anda dapat menerima hakikat bahawa Perodua akan melancarkan sebuah model sedan kompak bernama Jaguh?

 Betul ke tidak ni? Apa-apa pun jom tengok gambar dulu...

Adakah Perodua Jaguh benar-benar wujud? Lagi beberapa keping imej dari ‘brochure’ didedahkan!


Anda rasa teruja dengan kemunculan ‘brochure’ model terbaharu Perodua Jaguh yang tersebar di dalam internet tempoh hari? Tetapi pada yang sama anda berasa ragu-ragu ragu sama ada ianyalah adalah palsu, seseorang sedang cuba membuat jenaka, mungkin.

Tetapi hari ini Theophilus Chin sekali lagi mengeluarkan beberapa imej ‘brochure’ Perodua Jaguh yang lebih lengkap, menjadikan kita semua bertambah keliru. Sekali imbas, setiap imej dari ‘brochure’ yang dipaparkan itu kelihatan seperti asli, atau boleh juga dikatakan sebagai hasil kerja ‘photoshop’ yang cukup teliti dan profesional.

Tetapi, akhirnya setelah membuat penilitian, kesimpulannya Perodua Jaguh yang digembar-gemburkan ini tidak wujud. Ini cuma pendapat saya sahaja, belum tentu betul. Perhatikan dengan teliti di bahagian pintu, Perodua Jaguh sebenarnya adalah gabungan model Perodua Myvi dan Toyota Etios, rekaan yang sukar dipercayai.

Tambahan pula, kenapa nama yang diberikan adalah Jaguh? Tidak mungkin Perodua sanggup memilih nama tersebut untuk sebuah model sedan pertama mereka. Jaguh sudah sinonim dengan motosikal ‘cruiser’ atau ‘chopper’ keluaran Modenas, jadi tidak ada sebab Perodua akan kembali menggunakan nama yang cukup dikenali itu.


Apa pun, pendedahan ‘brochure’ Perodua Jaguh ini sudah tentu ada sebabnya. Sama ada seseorang cuba mengisi masa lapang dengan ‘skil’ yang ada, atau mungkin sudah tidak sabar menantikan kedatangan model sedan pertama dari Perodua ini sehingga cuba membuat sedikit ‘kekecohan’ di alam maya.

Perodua patut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai Jaguh agar tiada lagi peminat jenamanya yang terkeliru, seterusnya menyimpan angan-angan yang tidak kesampaian.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan