Honda Spirior Concept dilancarkan di Auto China 2014

Honda Spirior Concept ditayangkan di Auto China 2014

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Honda Spirior Concept ditayangkan di Auto China 2014

Satu lagi penampilan baru peringkat global yang dilaksanakan oleh Honda di Beijing ialah menayangkan model sport sedan Spirior Concept serba baharu. Model produksinya dijangka bakal mula berada di pasaran China sebelum 2014 melabuhkan tirainya.

Dongfeng Honda Automobiles yang bertanggungjawab memasarkan model Spirior sedia ada di China sejak tahun 2009. Untuk generasi baharu ini, konsepnya sedikit konservatif namun menampilkan banyak elemen dengan gaya agresif termasuklah bampar hadapan yang lebih sporty, skirt tepi aerodinamik dan jaringan jeriji. Malah sedan ini juga hadir dengan lampu utama LED, kekemasan berwarna hitam dan juga rim aloi yang tampil sporty.

Menurut Honda, Spirior baharu ini akan tampil dengan perubahan yang lebih signifikan termasuk daripada segi rekaan dalaman, prestasi yang lebih dinamik dan teknologi yang ditampilkan terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan. Malah model produksinya juga diyakini bakal memberikan ‘kepuasan dan kegembiraan di dalam pemanduan’ serta dijadikan sebagai penanda aras bagi kategori ‘sporty sedan’.

Namun tidak banyak maklumat mengenai model ini, apa pun difahamkan ia bakal dipadankan dengan enjin 2.4 liter DI dan transmisi klac-berkembar lapan kelajuan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan