18 Foto Gambar Rekaan Luaran Dan Dalaman PCC Proton 'Iriz'
Pasti ramai dah sedia maklum tidak lama lagi Proton akan melancarkan kereta kompak terbaru mereka iaitu pada 25 September 2014 ini di Tanjung Malim, tempat di mana kereta terbaru ini dibina.
Belum pun ianya dilancarkan, ramai rakyat Malaysia dilihat teruja untuk mendapatkan kereta ini. Kenapa agaknya? Ini kerana Proton sentdiri menggelarkan kereta ini sebagai "game changer" dan ianya didatangkan dalam "platform serba-baru" dan juga dengan "enjin yang serba baru". Wow!Harga bagi kereta dengan siri Proton "Iriz" P2-30A Global Small Car ini masih menjadi tanda tanya. Namanya berkemungkinan adalah 'Iriz' apapun kita nantikan sehingga dilancarkan nanti. Features paling kami suka tentunya 6-airbags dan juga dikatakan mempunyai WiFi Hotspot terbina. Itu bermakna internet dan GearTop di mana sahaja!! Heh!
Berikut pula adalah gambar-gambar dari portal Paul Tan yang telah berkongsi beberapa lagi gambar kereta ini yang pastinya mampu mengubah mentaliti lama segelintir rakyat kepada siapa Proton pada hari ini. Syabas Proton!
Rekaan Dalaman
Rekaan Luaran
Selain canggih pada harga mampu milik, mampukah kereta terbaru keluaran Proton ini mendapat sambutan dari rakyat Malaysia seterusnya mampu bersaing dengan pelbagai lagi kereta jenama luar negara yang semakin membanjiri jalanraya di Malaysia ini? Sama-sama kita nantikan.
- Gambar dari www.paultan.org
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87