Perbandingan Perodua Myvi VS Proton Iriz: Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?

Perbandingan Perodua Myvi VS Proton Iriz: Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)



Secara rasminya, Perodua Myvi 2015 telah dilancarkan oleh syarikat Perodua pada 15 Januari 2015 yang lalu dipengerusikan oleh Datuk Aminar Rashid Salleh, Predisen dan CEO Perodua.

Manakala Proton pula melancarkan varian terbarunya iaitu Proton Iriz 2014 beberapa bulan sebelum itu yang bertujuan untuk bersaing dengan Myvi dalam segmen compact hatch.

Setelah model Iris diperkenalkan pada tahun lepas, ramai yang teruja dengan kelebihan kereta tersebut yang datang bersama transimi CVT selain itu juga dengan ciri-ciri keselamatan yang sangat hebat. Manakala Model 2015 Perodua Myvi pula mengekalkan ciri-ciri asal Myvi yang sebelum ini, cuma penambahbaikan dari segi keselamatan selain berwajah baru dan tambahan dari segi aksesorinya.

Perbandingan Spesifikasi Enjin



Merujuk kepada spesifikasi di atas, enjin yang digunakan oleh Proton Iriz mampu menghasilkan lebih kuasa pada RPM yang lebih rendah.

Manakala, Myvi mengekalkan enjin 1.3 K3-VE dan 1.5.3SZ-VE sejak ianya mula diperkenalkan.

Transmisi yang digunakan bagi manual adalah sama bagi kedua-dua model ini yang menggunakan transmisi manual 5-kelajuan.

Bagi transmisi automatik pula, Myvi masih mengekalkan penggunaan transmisi automatik 4-kelajuan yang asal manakala Proton Iriz ditawarkan dengan transmisi automatik CVT.

Perbandingan Bahagian Dalaman


Bahagian dalaman Perodua Myvi masih lagi dikekalkan seperti model sebelum ini cuma ada sedikit perubahan dari segi infotainment, beg udara yang dipasang berasingan dengan dashboard, instrumen kluster yang berbeza dan ditambah beberapa lagi aksesori.

Proton Iriz pula kelihatan lebih unik dan memberikan penampilan yang lebih moden. Tidak banyak aksesori yang diberikan tetapi cukup memadai bagi kereta mampu milik dan segala keperluan asas sebuah kereta masih dikekalkan.

Harga


Diatas adalah harga yang ditawarkan bagi setiap varian Perodua Myvi dan Proton Iriz. Harga-harga yang dinyatakan diatas adalah termasuk insurans di atas jalan. Melalui perbandingan harga serta segala ciri-ciri serta kelebihan-kelebihan kereta ini, yang mana menjadi pilihan anda?

Dengan kehadiran Proton Iriz, mampukah Myvi mengekalkan statusnya sebagai Best Model of the Year dari Frost & Sullivan?

Sumber: Carlist.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan