Proton lancar varian eksekutif Saga dan Persona

Proton lancar varian eksekutif Saga, Persona

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Proton lancar varian eksekutif Saga, Persona

Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan rangkaian varian eksekutif bagi model paling larisnya, Saga dan Persona dengan dibuka mulai hari ini.

Walaupun Saga Executive ditawarkan dengan pelbagai fungsi tambahan lebih menarik, ia dijual pada harga atas jalan RM41,924 bagi transmisi manual dan RM44,524 (automatik), manakala Persona Executive pula dijual pada harga atas jalan RM49,938 (manual) dan RM52,938 (automatik).

Saga Executive dan Persona Executive, adalah varian dipertingkatkan, disasarkan kepada pasaran golongan muda dengan varian Persona akan ditawarkan dengan warna pilihan baharu iaitu Elegant Brown, menambah koleksi pilihan kepada enam warna.

Antara fungsi yang dipertingkatkan bagi Persona Executive termasuk bodi kit, tempat duduk kulit, rim 15 inci, stering dengan suis audio, wi-fi 4G, dan spoiler belakang.

Bagi Saga Executive pula antaranya menawarkan bodi kit edisi khas, panel konsol tengah hitam satin, ruang pendingin hawa hitam, bahagian dalaman pintu hitam satin dan tempat duduk kulit.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata komitmen kami adalah mempertingkatkan rangkaian kereta PROTON dengan versi dipertingkatkan.

“Ia menawarkan pelanggan kepada pilihan nilai untuk wang tanpa menjejaskan aspek keselesaan, prestasi dan kualiti.

“Proton memiliki kejayaan besar menerusi Saga dan Persona SV dan kami berharap ia dapat diteruskan dengan varian dipertingkatkan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdapat enam pilihan warna bagi Saga Executive iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Blue Rock, Solid White dan Elegant Brown.

Sementara itu, Persona Executive ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Elegant Brown, Bronze Garnet dan Chiffon Green.

Saga Executive didatangkan dengan jaminan kilang tiga tahun atau 60,000 kilometer (km), sementara Persona Executive pula dengan jaminan kilang dua tahun atau 50,000 km.

Proton Saga Executive dan Persona Executive yang kini boleh didapati untuk tempahan di seluruh negara, namun unit dipamer di bilik pameran bagi Sabah dan Sarawak boleh didapati bermula 17 Julai ini.

“Sebahagian daripada jaminan kilang, kami juga menawarkan servis percuma tiga tahun,” jelas Abdul Harith.

Info:-

Perbezaan harga atas jalan mengikut varian:

* Saga Executive manual - dari RM41,924
* Saga SV manual - dari RM33,438.15
* Saga Executive automatik - dari RM44,524
* Saga SV automatik - dari RM36,438.15

* Persona Executive manual - dari RM49,938
* Persona SV manual - dari RM44,951.50
* Persona Executive automatik - dari RM52,938
* Persona SV automatik - dari RM47,951.50

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan