Foto Gambar penuh rasmi pertama Proton Iriz didedahkan

Gambar penuh rasmi pertama Proton Iriz didedahkan!!! - New Proton Iriz teaser

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Gambar penuh rasmi pertama Proton Iriz didedahkan!!! - New Proton Iriz teaser

Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara kali yang ke-57 tahun ini, Proton telah membangunkan sebuah laman web mikro yang didedikasikan khusus untuk model kompak keluaran terbaharunya – Proton Compact Car, atau dikenali dengan nama rasmi Proton Iriz.

Melalui laman web tersebut, imej penuh rasmi pertama Proton Iriz telah didedahkan kepada umum buat pertama kali, namun para peminat Proton perlu menggunakan sedikit kepakaran dengan bantuan beberapa orang rakan-rakan yang mempunyai ‘smartphone’ untuk mendapatkan imej tersebut melalui penggunaan ‘QR barcode’ yang disediakan.


Melalui laman web tersebut juga yang anda boleh lihat di sini betulbetulonz.com.my, Proton telah memberikan beberapa maklumat penting mengenai spesifikasi Proton Iriz. Antaranya ialah model kompak berkenaan dilengkapi skrin sesentuh ‘infotainment’ dengan fungsi-fungsi yang cukup menarik dan memudahkan, termasuklah fungsi paparan kamera undur.


Proton Iriz juga mempunyai sistem butang ‘engine start stop’ yang merupakan sistem penghidup enjin tanpa menggunakan kunci yang menjadi ‘trend’ pengeluar automotif masa kini yang kian popular. Selain itu, ciri-ciri keselamatan Proton Iriz sangatlah baik apabila ianya dilengkapi enam beg udara, seterusnya mendapat penarafan lima bintang dari ANCAP.


Proton Iriz juga dilengkapi sistem kestabilan kenderaan serba lengkap untuk pemanduan dan pengendalian yang lebih stabil dan selamat, yang lebih dikenali dengan nama singkatan Vehicle Dynamics Control (VDC). Tidak dilupakan ialah lampu utama pada model kompak berkenaan yang direka begitu sporty serta membangkitkan auranya yang tersendiri.


Maklumat lain seperti mana yang didedahkan sebelum ini ialah Proton Iriz akan dilengkapi dua versi enjin bersesaran 1.3 dan 1.6 liter (maklumat selanjutnya boleh didapati di sini). Setakat ini Proton belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi Proton Iriz, namun dipercayai model kompak bergaya sporty namun praktikal itu akan dilancarkan dalam bulan September ini.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan