Harga Toyota Corolla Altis 2014 di Malaysia, Bermula RM114,000 Untuk 1.8E

Berita baik untuk anda semua. Harga Toyota Corolla Altis 2014 telah pun diumumkan oleh UMW Toyota Motor. 


Harga untuk varian 1.8E harganya ialah RM114,000, 2.0G ialah RM123,000 dan 2.0V ialah RM136,000. Kesemuanya adalah harga atas jalan (OTR) beserta insuran untuk Semenanjung Malaysia.






























Harga yang diumumkan ini lebih rendah berbanding harga yang dijangkakan sebelum ini. Kami pernah berkongsi satu artikel mengenai harga jangkaan Toyota Altis 2014. Kesimpulannya harga rasmi adalah lebih murah RM1,000, RM2,000 dan RM1,000 untuk setiap varian.









Dengan pengumuman harga rasmi ini, pastinya pelancaran model terbaru Toyota Corolla Altis akan dilakukan dalam masa terdekat. Sama-samalah kita nantikan.






Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan