2014 Peugeot 2008 Urban SUV Dilancarkan di Malaysia Dengan Harga RM119,888

Nasim Sdn. Bhd hari ini telah pun melancarkan 2014 All-New Peugeot 2008 Urban SUV (kenderaan utiliti sukan) dengan harga RM119,888 termasuk insurans. 


Mensasarkan 100 unit tempahan setiap bulan, model ini dilengkapi dengan enjin 1.6-liter VTi engine yang menghasilkan 122 kuasa kuda dan 160nm tork.


Peugeut 2008 Urban SUV boleh mencecah kelajuan 100km/j dalam tempoh masa 11.2 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 190km/j.


Transmisi 4 kelajuan didatangkan dengan pilihan Tiptronic and Sport.


Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi 6 beg udara, ESP, ABS, bantuan brek kecemasan dan diiktiraf dengan 5 bintang EURO NCAP.


Untuk makluman, model ini telah mencatatkan lebih 100 tempahan pada prebiu pertama di Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS), baru-baru ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan