Model Terbaru Perodua Alza 2014 Dilancar

Lintas langsung dari pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya, sempena dengan pelancaran model Perodua Alza 2014 pada pukul 7.45 malam tadi.


Mengikut Perodua, model Perodua Alza yang dinaik taraf ini tidak melibatkan perubahan daripada segi mekanikal.



Jadi ia masih mengekalkan ‘jantung’ yang sama iaitu 1.5 liter DVVT DOHC 16-injap. Dengan kuasa maksimum 104 PS dan puncak tork 136 Nm, enjin ini turut digandingkan dua transmisi pilihan, sama ada manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.





Memandangkan tiada perubahan mekanikal, maka sudah pasti Perodua perlu menitik beratkan suntikan rekaan dalaman dan luaran yang lebih segar. Sekali pandang, pada bahagian hadapan Alza ini kelihatan seperti Perodua Myvi model terkini. Dengan bampar dan gril yang sedikit tebal dan lampu utama projektor membujur tanpa suar (blinker).



Pada bahagian belakang pula, terdapat lingkaran berwarna hitam yang mengelilingi cermin belakang. Dan logo Perodua dan emblem bagi Alza terletak pada bahagian bawah lingkaran tersebut.

Buat pertama kali, Perodua turut menawarkan varian SE bagi Alza dengan tambahan kit badan yang lebih sporty.



Manakala bagi rekaan dalamanya juga diberikan sedikit sentuhan baharu. Antaranya rekaan meter kluster yang lebih stylish, tempat rehat lengan di bahagian konsol tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah yang turut berfungsi sebagai kotak storan, kekemasan ruang kabin dengan dua tona warna hitam dan kelabu menawan.



Selain daripada itu, elemen tambahan yang menarik juga ada ialah penyambung bagi ISOFIX, dan kemudahan kerusi penumpang di barisan ketiga yang boleh dilipat bagi memberikan ruang yang lebih luas terutamanya jika ingin memuatkan barangan di bahagian kargo.


Untuk varian Advanced, Perodua turut menampilkan sistem multimedia baharu termasuk monitor pada bumbung bahagian dalaman dan sistem navigasi yang dilengkapi dengan fungsi kamera undur.

Menekankan aspek keselamatan, Alza baharu ini yang menerima pengiktirafan empat bintang daripada ASEAN NCAP turut dilengkapi dengan beg udara berkembar, ABS, EBD, dan Bantuan Brek (BA).

Manakala sistem brek yang dipilih ialah Vertilated Discs untuk bahagian hadapan dan brek dram di belakang.



Perodua Alza 2014 ini didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Ivory White, Ebony Black, Glittering Silver, Mystical Purple dan Passion Red.


Dengan harga yang ditawarkan bermula dari RM52,400 untuk Standard (MT), dan RM55,400 bagi Standard (AT).

Manakala untuk varian SE pula ialah RM56,400 (MT) dan RM59,400 (AT). Bagi varian Advanced pula ialah RM64,000.

Menurut Perodua, harga yang ditawarkan ini telah diturunkan antara 2.1% hingga 7.4% berbanding dengan model terdahulu.

Pembelian Alza ini turut didatangkan dengan tiga tahun jaminan termasuk servis secara percuma.

Alza lebih murah

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza yang dipertingkatkan dengan beberapa ciri baru, semalam tampil dengan tawaran harga atas jalan (OTR) lebih rendah berbanding model sebelum ini iaitu pengurangan antara dua hingga tujuh peratus.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, harga model itu menyaksikan penurunan antara RM1,000 hingga RM5,500 membabitkan tiga varian iaitu standard, edisi khas (SE) dan varian advance.

“Pengurangan harga ini menjadikan Alza sebagai MPV paling kompetitif dalam pasaran tempatan dan langkah ini juga adalah selari dengan hasrat kerajaan yang menyeru syarikat automatif menurunkan harga kenderaan masing-masing,” katanya pada majlis pelancaran model baru itu di sini, semalam.

Beliau berkata, penurunan harga itu dapat dicapai melalui pengurangan kos dalam rantaian pembekal dan menambah baik produktiviti barisan hadapan dengan lebih berkesan.



Aminar berkata, syarikat turut menyasarkan jualan 4,300 unit model Alza baru itu sebulan sepanjang tahun ini berbanding 3,800 unit sebulan bagi tempoh sama tahun lalu.

“Kami berharap pengenalan Alza ini juga akan meningkatkan sumbangan jualan kepada syarikat kepada 26 peratus pada tahun ini berbanding 23 peratus pada tahun lalu,” katanya.

Model baru itu didatangkan dalam empat warna menarik iaitu putih, hitam, perak, ungu dan warna baru iaitu merah bagi varian SE dan varian advance.

Harga anggaran OTR bagi varian standard bagi transmisi manual adalah RM52,400 manakala automatik (RM55,400) dan varian SE manual (RM56,400) serta SE automatik (RM59,400) dan varian advance (RM64,000).

Sejak tempahan Alza dibuka pada 20 Disember lalu, Perodua sudah menerima 5,000 tempahan dimana pembeli dijangka menerima kenderaan itu seawal pertengahan bulan ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan