Lotus-Youngman SUV, Prototaip Lotus APX



Kickbola.net SPYSHOTS SUV pertama Europestar/Proton di China!.
Model prototype yang menyerupai Exora pada artikel sebelum ini adalah pengganti Persona pada masa akan datang. Dalam satu perkembangan yang lain, di China Proton/Europstar SUV ditemui! satu perkembangan positif mengenai berita sebelum ini, Proton akan menghasilkan sebuah SUV untuk Europstar dan akan diambil semula oleh Proton sebagai SUV Proton. Di dalam gambar kita melihat beberapa komponen sedia ada adalah daripada model Exora dan L5 seperti lampu belakang dan depan serta pemegang pintu.





Apa yang pasti, model ini tentunya menggunakan platform Exora sepertimana Persona R. Kita tentu ketahui, pelaburan untuk membangunkan Exora suatu ketika dulu agak besar sebagai pelaburan jangka panjang. Platform Exora juga boleh dibangunkan sebagai sedan, SUV dan juga lori kecil. Begitu juga platform Savvy boleh dibangunkan sebagai small sedan dan compact car. Di tanahair, Proton sedang giat membangunkan model Persona R dan Emas.



Langkah Proton membangunkan model SUV untuk Youngman Europstar ini satu langkah bijak kerana pengeluaran SUV ini di China boleh mempercepatkan perancangan Proton sebagai jenama Global yang kukuh. Jika di Malaysia, Proton mengeluarkan Saga, Exora, Satria Neo, Persona R dan Emas; Youngman boleh mengeluarkan SUV untuk Proton dan Lotus.



Kita masih ingat lagi, dalam satu pameran automotif, Proton mempamerkan model SUV iaitu Proton MSX. Setelah lama menanti, akhirnya pada hari ini ia telah menjadi sebuah kenyataan.










 

Nampaknya Proton akan mempunyai SUV sendiri tidak lama lagi, beberapa spyshot terkini yang diperolehi di China menampakkan rakan kongsi Proton di sana sedang membangunkan SUV berteraskan Lotus APX. Jika dulu kita ada melihat spyshot SUV yang diuji oleh mereka tetapi masih kurang jelas tetapi kali ini kita semua dapat melihat lebih jelas. Pembangunan SUV ini sebenarnya dibangunkan oleh Proton untuk Youngman dan akan diambil untuk Proton sendiri.



Dari beberapa sudut, ia jelas Youngman menggunakan Lotus APX/Proton MSX. Model ini diberi Facelift supaya sesuai dengan masa kini memandangkan model konsep APX tersebut sudah lama. Dikatakan juga menerusi laman web dari China itu, SUV ini 7 seater 3 row. Proton memainkan peranan penting dalam menghasilkan SUV ini.





Menurut  petikan daripada Syed Zainal Abidin "Tidak ada gunanya untuk kita membelanjakan wang kepada pembangunan yang menjadikan pasaran tidak akan terlalu besar untuk SUV. Mujurlah, Youngman China telah melantik kami untuk membangunkan SUV kecil untuk mereka berdasarkan platform kami sekarang dan enjin, " katanya. 


"Ia amat mustahil bahawa kita akan membeli reka bentuk dari Youngman dan menggunakannya untuk SUV kita sendiri. Lagipun, ia adalah platform kami dan enjin sementara Youngman telah dibayar untuk pembangunan. " Syed Zainal berkata SUV akan menjadi saiz Qashqai Nissan / Dualis atau Peugeot 3008," "Kami telah mengenal pasti bahawa terdapat pasaran bagi SUV ini di Timur Tengah," katanya.





Menurut Sohu, SUV Lotus-Youngman ini muncul sekali lagi di jalan raya. walaupun model ini masih melakukan ujian jalan raya, tetapi melalui konsep prototaip, kita boleh menganggarkan saiz parameter yang lebih relevan, membantu kita mengetahui lebih lanjut tentang SUV ini.





 


 
Youngman-Lotus SUV? Gambar ini adalah gambar yang dihantar untuk dapatkan patent hakcipta. Kemungkinan juga ia sebagai ‘teaser-concept’ sebelum ia diperkenalkan di  Beijing Auto Show pada April nanti. Enjin yang bakal menjana SUV ini ialah enjin baru 1.5 turbo dengan 150hp dan 210nm, selain 1.8 & juga 2.0. Harga dijangkakan sekitar 100.000 yuan sehingga 150.000 yuan.

Sebelum ini kita ada melihat spyshot Lotus L5 menggunakan enjin Mitsubishi 1.8 liter. Model ini akan digunakan Proton sebagai lineup SUV. Ia juga boleh dijadikan line-up model pickup pada masa akan datang. Mengikut harga yang ditawarkan di China, jika di Malaysia ia kemungkinan bawah RM100K.




Sebelum ini, pada tahun 2006 di Beijing Auto Show, model konsep Lotus APX dipamerkan. Di Malaysia ia dikenali sebagai Proton MSX. Namun Pada tahun 2010 di Kuala Lumpur International Motor Show, Proton memperkenalkan lima model konsep pahlawan dan salah satunya model konsep SUV Proton Lekiu. Proton juga menyatakan mereka terlibat dalam menghasilkan model SUV untuk Youngman di mana model tersebut akan digunakan juga sebagai model SUV Proton.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan