Proton Suprima S : Spesifikasi Penuh, Video, Gambar, Brochure dan Harga



Berdasarkan maklumat dari brochure, nama sebenar model tersebut sememangnya sah sebagai Proton Suprima S, dan ianya hadir dalam dua varian berbeza iaitu Executive dan Premium.


Saya tidak pasti sama ada masih terdapat varian lain yang bakal ditawarkan oleh Proton, namun andaian ketika ini hanya dua varian tersebut sahaja yang akan diperkenalkan. Mungkin varian lebih berkuasa atau varian asas (baseline model) bakal diperkenalkan kemudian, berdasarkan permintaan dari pasaran dan juga maklumbalas dari pelanggan.


Jika dilihat pada gambar-gambar yang kini telahpun tersebar luas di internet, interior mungkin tidak banyak berubah berbanding Preve, kelihatan kemasan dashboard dengan paparan warna silver beserta radio skrin lebih besar. Suprima S ini juga dilengkapi 6 airbag, rim sukan 17 inci serta kemasan gril yang lebih sporty.


Kini tiada lagi emblem CFE, ia terus digantikan TURBO serta Handling By Lotus, menampakkan keistimewaan sebenar yang ada pada model Proton. Pihak Proton sedang giat menghantar Suprima S ke semua Pusat Jualan Proton.

Kedua-dua varian Suprima S Executive dan Suprima S Premium dilengkapi enjin Campro 1.6 Turbo, yang sebelumnya dikenali sebagai enjin CFE seperti mana didapati pada model Preve Premium. Ada beberapa sebab kenapa Proton membuat keputusan untuk menggunakan perkataan Turbo bagi menggantikan akronim CFE. Antaranya ialah ramai pelanggan, atau lebih tepat lagi ialah rakyat Malaysia, tidak mengetahui bahawa enjin CFE itu sebenarnya adalah enjin turbo. Menggunakan nama enjin Campro 1.6 Turbo secara asasnya lebih berterus-terang dan pastinya rakyat Malaysia merasa lebih teruja dengan enjin jenis induksi pendesak itu.

Menurut maklumat yang tertera di brochure, enjin turbo tersebut menghamburkan kuasa kuda setinggi 140PS@4,000rpm, dengan kuasa tork mencecah 205Nm@2,000-4,000rpm. Mungkin tiada perbezaan kuasa enjin tersebut dengan enjin CFE pada model Preve Premium, (Preve Premium 138hp, bersamaan 140PS, sementara tork adalah sama 205Nm), namun apa yang lebih membuatkan saya tertanya-tanya ialah berat Suprima S (kerb weight) ialah 1,375kg (varian Executive) dan 1,395kg untuk varian Premium, sementara berat Preve Premium pula ialah 1,340kg (kerb weight), lebih rendah sebanyak 35kg dan 55kg berbanding kedua-duanya.

Jadi persoalannya di sini ialah mampukah Suprima S mencapai prestasi enjin dan pemanduan yang lebih baik berbanding Preve Premium dengan berat kering keseluruhan yang semakin bertambah? Melihat kepada pecutan dari 0 ke 100km pula, Suprima S mampu mencatatkan masa pecutan 9.9 saat, sementara Preve Premium 9.6 saat, kurang 0.3 saat berbanding Suprima S. Mungkin untuk lebih kepastian, sesi pandu uji kedua-dua model yang berbeza bakal memberikan jawapan yang lebih tepat dan adil. Seperkara lagi, kedua-dua varian Suprima S tersebut dilengkapi transmisi CVT, bukannya manual seperti yang diharap-harapkan.

Beralih kepada beberapa spesifikasi penting lain, Suprima S Executive dan Premium dilengkapi brek cakera di keempat-empat bahagian tayar, dengan saiz tayar bagi kedua-dua varian adalah berbeza. Suprima S Executive dipasangkan tayar bersaiz 205/55 R16 dengan rim aloi, manakala Suprima S Premium dengan tayar bersaiz 215/45 R17, juga dengan rim aloi yang direka berbentuk sporty dan menyerlah.

 

Merujuk kepada brochure juga, didapati Proton Suprima S dilengkapi pelbagai ciri-ciri penting untuk tahap keselamatan maksimum, antaranya termasuklah ABS dan EBD, Hill-Hold Assist (Premium sahaja), Brake Assist (BA), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control (TC), enam beg udara, serta turut dilengkapi sensor parking depan dan belakang (Executive depan sahaja), kamera undur, lampu utama automatik (Auto headlamp), dan Electronic Gear Shift Lock (Premium sahaja).


Lebih menarik dan memberikan rasa premium terhadap Suprima S ini ialah kehadiran kusyen dengan balutan kulit, termasuk kemasan kulit untuk pintu (door trim) dan roda stereng (varian Premium sahaja).


Bagi saya, kusyen dengan balutan kulit sangat penting untuk sesebuah model premium kerana ianya bukan setakat menambahkan keselesaan sewaktu pemanduan menuju ke setiap destinasi, malah ianya lebih mudah dibersihkan berbanding kusyen fabrik, selain tidak dinafikan yang ianya kelihatan lebih bergaya dan sporty.


Proton Suprima S turut dilengkapi skrin LCD bersaiz 7 inci baharu dengan pemain DVD, dengan tambahan ciri-ciri seperti Intergrated DSP, Bluetooth, serta sambungan iPod, USB termasuk adanya sistem navigasi GPS terbina dalam. Varian Premium juga lebih meriah dengan sistem bunyi enam pembesar suara, apabila Proton menambah lagi dua unit tweeter pada tiang A-Pillar Suprima S. Lebih lagi, Suprima S Premium turut dibekalkan lampu DRL sebenar (Daytime Running Light) yang pastinya menambah gayanya ketika berada di atas jalan raya kelak.


Ciri-ciri eksklusif lain yang melengkapi Suprima S Premium ialah penganjak pedal (Paddle Shifter), penyaman udara kawalan auto, butang Push/Start, Auto Cruise dan Auto Wiper (depan sahaja). Lima warna menarik ditawarkan untuk Proton Suprima S baharu, antaranya ialah Atlantic Blue (Biru), Fire Red (Merah), Genetic Silver (Perak), Solid White (Putih) dan Tranquility Black (Hitam).


Akhirnya, kini tiba pula giliran kita semua untuk melihat senarai harga sebenar Proton Suprima S. Perlu diingat bahawa senarai harga ini mungkin boleh berubah sewaktu hari pelancaran nanti, atau mungkin juga akan kekal seperti sedia ada. Harga di atas jalan (OTR) bagi pasaran Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut :
  • Proton Suprima S Executive (Solid Colour) : RM76,338.00
  • Proton Suprima S Executive (Metallic Colour) : RM76,688.00
  • Proton Suprima S Premium (Solid Colour) : RM79,638.00
  • Proton Suprima S Premium (Metallic Colour) : RM79,988.00
Berikut pula ialah senarai harga Proton Suprima S (harga OTR) bagi pasaran di Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur):
  • Proton Suprima S Executive (Solid Colour) : RM78,338.00
  • Proton Suprima S Executive (Metallic Colour) : RM78,688.00
  • Proton Suprima S Premium (Solid Colour) : RM81,638.00
  • Proton Suprima S Premium (Metallic Colour) : RM81,988.00


Laman web lowyat.net telah memuat naik foto brochure dengan resolusi lebih tinggi. Kita boleh lihat harga model ini, yang bermula dari RM76,338 untuk varian Executive Campro 1.6 Turbo (Solid) hingga RM79,998 untuk varian Premium Campro 1.6 Turbo (Metalik). 

Kedua-dua varian Suprima S Executive dan Suprima S Premium dilengkapi enjin Campro 1.6 Turbo, yang sebelumnya dikenali sebagai enjin CFE seperti mana didapati pada model Preve Premium.

Menurut maklumat yang tertera di brochure, enjin turbo tersebut menghamburkan kuasa kuda setinggi 140PS@4,000rpm, dengan kuasa tork mencecah 205Nm@2,000-4,000rpm. Mungkin tiada perbezaan kuasa enjin tersebut dengan enjin CFE pada model Preve Premium, (Preve Premium 138hp, bersamaan 140PS, sementara tork adalah sama 205Nm).

IMG_7228 copy

Berat Suprima S (kerb weight) ialah 1,375kg (varian Executive) dan 1,395kg untuk varian Premium, sementara berat Preve Premium pula ialah 1,340kg (kerb weight), lebih rendah sebanyak 35kg dan 55kg berbanding kedua-duanya.

Melihat kepada pecutan dari 0 ke 100km pula, Suprima S mampu mencatatkan masa pecutan 9.9 saat, sementara Preve Premium 9.6 saat, kurang 0.3 saat berbanding Suprima S.

http://kisahbest.my/wp-content/uploads/2013/08/suprima-s.jpg

Setelah memperkenalkan Proton Saga SV, Proton Holdings Berhad (PROTON) kembali mengegarkan dunia automotif dengan melancarkan model hatchback, Proton Suprima S di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade hari ini.


Kickbola.netPelancaran model terbaru Proton Suprima S terbaru ini telah dirasmikan oleh Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohammad pada 17 Ogos 2013 di Menara Matrade. 
Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Datuk Seri Mohd Kamil Jamil berkata, “Penciptaan Proton Suprima S merupakan satu cabaran buat Proton untuk menghasilkan sebuah kenderaan yang berteknologi tinggi dan canggih dari semua aspek serta menepati piawaian antarabangsa dari faktor keselamatan dan kualiti.”


Dikuasakan dengan enjin Campro 1.6 Tubro,kelebihan Suprima S terletak pada teknologi yang digunakan seperti cermin sisi dengan lampu LED, lampu depan dan belakang dengan LED, 7 inci skrin paparan LCD dengan pemain DVD, Integrated DSP, sambungan Bluetooth, USB dan iPod.

Hadir dengan lima warna menarik; Fire Red, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Atlantic Blue, Proton Suprima S yang memiliki reka bentuk sporty dan segar ini menepati standart keselamatan antarabangsa dengan pengiktrafan 5-bintang dari ANCAP.

http://kisahbest.my/wp-content/uploads/2013/08/spec.jpg

Dengan tempoh menunggu hanya sebulan (bergantung kepada tempahan), Proton telah menerima tempahan pertama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurut maklumat yang tertera di brochure, enjin turbo tersebut menghamburkan kuasa kuda setinggi 140PS@4,000rpm, dengan kuasa tork mencecah 205Nm@2,000-4,000rpm. Mungkin tiada perbezaan kuasa enjin tersebut dengan enjin CFE pada model Preve Premium, (Preve Premium 138hp, bersamaan 140PS, sementara tork adalah sama 205Nm).


http://kisahbest.my/wp-content/uploads/2013/08/spesifikasi.jpg

Berat Suprima S (kerb weight) ialah 1,375kg (varian Executive) dan 1,395kg untuk varian Premium, sementara berat Preve Premium pula ialah 1,340kg (kerb weight), lebih rendah sebanyak 35kg dan 55kg berbanding kedua-duanya.

Melihat kepada pecutan dari 0 ke 100km pula, Suprima S mampu mencatatkan masa pecutan 9.9 saat, sementara Preve Premium 9.6 saat, kurang 0.3 saat berbanding Suprima S.

Kedua-dua varian Suprima S Executive dan Suprima S Premium dilengkapi enjin Campro 1.6 CFE atau kini lebih mudah dikenali sebagai enjin turbo jika dilihat emblem Turbo pada bonet belakang.

Kesimpulannya, Proton Suprima S boleh dikatakan sebagai buah tangan terbaru dari Proton yang tampil berbeza berbanding model-model lain, malah menepati kehendak pasaran ketika ini yang lebih meminati model-model berbentuk hatchback dan kompak. Namun melihat kepada senarai harga yang ditawarkan, mungkinkah pemilik Proton iaitu DRB-Hicom agak keterlaluan dalam menetapkan jumlahnya? Berikan maklumbalas dan kritikan membina anda di dalam ruangan komen di bawah.



 KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


































































Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan