Tun pernah berkata "Proton dicipta bukan untuk 'membina kereta' tetapi industri itu sendiri"
Kerana orang ini, ratusan ribu rakyat menikmati pendapatan dari industri ini, dengan vendor buat getah tingkap sampailah sebuah kereta.Biar dihina. Insan ini telah meletakkan negara ini dengan apa yang ada sekarang.
Ketika mulamula nak buat dulu, dalam dan luar negara masa tu tak percaya sebab mereka percaya orang Melayu nak buat jarum pun tak reti. Mahathir nak buat tin milo bergerak dan sebagainya kalau masih ingat.
Negara Islam pertama ada kereta nasional sendiri. Nampaknya selepas Proton beli Lotus, banyak perubahan dalam reka bentuk dan produk Proton.
Setakat ini Preve dan Suprima antara yang terbaik yang Proton pernah keluarkan.