Volkswagen Polo 1.6 baru lebih murah
Selepas diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur pada November lalu, model kompak Volkswagen Polo 1.6 yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini menerusi kilangnya di Pekan, Pahang akhirnya dijual secara rasmi, baru-baru ini.
Kereta kategori hatchback yang menerima sentuhan kejuruteraan Jerman itu ditawarkan harga lebih rendah dan dijual kurang daripada RM90,000.
Penampilannya masih sama dengan Volkswagen Polo 1.2 TSI, cuma yang bezanya adalah enjin bersesaran 1.6 liter MPI serta digabungkan transmisi automatik enam kelajuan Tiptronik.
Bagi varian CKD itu, kuasa maksimumnya mencecah 105 PS, manakala tork sehingga 153 Nm pada 3,800 rpm dan menjadikan model paling berkuasa dalam segmennya, sekali gus boleh dipandu sehingga 183 kilometer sejam (km/j).
PERUMAH lampu belakang baru.
Biarpun paling berkuasa, penggunaan bahan apinya di tahap menjimatkan dengan mencatat 6.3 liter bagi setiap 100 kilometer bagi kapasiti tangki minyak 45 liter.
Reka bentuknya masih tampak sporty dan dinamik, menjadikan ia pilihan ideal untuk golongan pemandu muda yang mahukan pengalaman pemanduan berbeza.
Ia turut didatangkan dengan rim aloi Riverside bersaiz 15 inci, bar krom berkembar pada gril depan dan reka bentuk lampu belakang baru yang kelihatan dinamik, manakala lampu utama halogen dengan perumah berwarna krom pula dilengkapi sistem boleh laras secara manual untuk ketinggiannya.
Ruang kokpitnya disempurnakan dengan pakej kemasan krom di bahagian radio, suis lampu, corong penyaman udara serta bahagian tengah stereng.
Kemasan dengan material kulit turut tampak premium, terutama bahagian stereng, tombol gear dan brek tangan, manakala kerusi belakang boleh dilipat untuk memberi ruang lebih luas.
Pada masa sama, jentera empat roda ini tidak berkompromi terhadap aspek keselamatan apabila dilengkapi dua beg udara, selain Sistem Pelanggaran Tindak Balas Pintar (ICRS) dan tingkap kuasa anti tersepit.
Sebagai tambahan, Volkswagen Polo 1.6 hadir dengan pemegang tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX), Sistem Brek Antikunci (ABS) dengan Bantuan Brek (BA) dan Kawalan Jarak Parkir (PDC).

Volkswagen Polo 1.6 itu berharga RM87,888, bagaimanapun bagi 500 unit pertama ia dijual pada harga RM85,888 yang didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu putih, merah, kelabu, perak dan hitam.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
SPESIFIKASI VOLKSWAGEN POLO 1.6
Enjin: bersesaran 1,598 cc, empat silinder MPI Kuasa maksimum: 105 PS pada 5,250 rpm Tork maksimum: 153 Nm pada 3,8000 rpm Transmisi: Enam kelajuan automatik dengan Triptonik Kelajuan maksimum: 184 km/j
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.