Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) menyasarkan 1,600 unit bagi varian terbaru Myvi XT yang direka khas bagi golongan Gen Y dan Z selepas dijual bermula RM41,936.45.
"Model terbaru ini ditambah dengan aksesori bernilai RM1,600, tetapi harga jualan masih lagi sama dan tidak berubah," katanya selepas pelancaran Perodua Myvi XTdi sini, sebentar tadi.
"Pada masa sama, kita juga memperkenalkan skim graduan iaitu 'What's Up!' sekali gus menjadi pakej terbaik kepada golongan muda yang mahu memiliki Myvi.
Skim itu ditawarkan kepada penuntut universiti dan graduan selepas setahun menamatkan pengajian, di mana mereka berpeluang memiliki baucer RM500 Perodua, kad petrol bernilai RM500 dan polisi kemalangan berjumlah RM20,000 untuk setahun.
Harga Dan Spesifikasi Myvi XT Model Baru 2014
Harga dan Spesifikasi Myvi CT model baru Perodua 2014. Syarikat Perodua telah memperkenalkan varian terbaharunya iaitu Myvi XT yang disasarkan untuk penuntut universiti dan graduan yang baru menamatkan pengajian. Harga yang ditawarkan oleh sebuah kereta Myvi XT adalah serendah RM 41,936. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai model varian baru Myvi XT.