Ini Penjelasan isu kemalangan Perodua Alza yang tersebar di laman sosial



Ini Penjelasan isu kemalangan Perodua Alza yang tersebar di laman sosial

Perodua hari ini telah membuat penjelasan mengenai isu foto kemalangan Perodua Alza yang tersebar di laman sosial.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kerosakan Perodua Alza di laman sosial pada 14 Oktober 2014 sebenarnya disebabkan perlanggaran antara Alza tersebut dengan kenderaan lain.

Ia secara tidak langsung menolak segala tohmahan yang mengatakan gandar belakang kereta itu terpisah dari kerangkanya dengan sendiri. Ini sekaligus menimbulkan isu kualiti pemasangan model Perodua yang sengaja digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Perodua sekali-kali tidak akan berkompromi dalam isu kualiti, kawalan kualiti semasa produksi, jualan dan selepas jualan.

gandar kereta perodua tercabut

Ini juga merupakan salah satu komitmen utama sebagaimana yang terkandung dalam empat teras transformasinya. Perodua juga mungkin akan mengambil tindakan yang perlu untuk melindungi imej dan namanya daripada sebarang fitnah dan unsur khianat yang boleh menjejaskan reputasinya.

Berikut pula maklumbalas pembaca GearTop mengenai insiden dalam gambar-gambar yang tersebar di Media Sosial. Pembaca bernama epit pada October 14, 2014 at 6:40 AM  memberi Komen Seperti Berikut.

Asalam, berkenaan penyebaran gambar dan mesej viral berkenaan Alza dan myvi yg tercabut suspension belakang.Berikut adalah penjelasannya:Alza; kenderaan terbabit dgn kemalangan, bukan tercabut ketika pandu. Kereta ada di bengkel Perodua. Pemilik sangat marah dgn penyebar berita palsu.Myvi; kenderaan telah di modifikasi sendiri oleh pemilik. Spring bukan original. Strut/stabilizer bar telah di tambah. Tercabut mungkin sebab pemasangan yg tidak sempurna.



gandar kereta perodua tercabut


gandar kereta perodua tercabut


gandar kereta perodua tercabut

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan