Mitsubishi Memperkenalkan Lancer 2.0 GTE



Mitsubishi Lancer 2.0 GTE baharu dijual pada harga RM115,590.20. - Foto BH

Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara melancarkan Mitsubishi Lancer 2.0 GTE baharu.

Dalam kenyataannya, Mitsubishi Motors Malaysia berkata, kereta itu dilengkapkan dengan pakej premium dipertingkat, bumbung suria, sistem operasi tanpa kunci untuk kemasukan bebas tangan sebenar dan tambahan beg udara lutut untuk tempat duduk pemandu bagi meningkatkan keselamatan.



Ciri baharu di dalam Lancer 2.0 GTE adalah tambahan kepada kit badan standard dengan kemasan dalaman kulit dan skrin sesentuh 6.1 inci dengan audio kamera pandang belakang.


Tawar tiga warna

Ia juga disertakan penggilap cermin bersama alat pengesan hujan, lampu depan automatik, pendingin udara automatik dan kawalan kelajuan.











Lancer 2.0 GTE yang dijual pada harga RM115,590.20 atas jalan tanpa insurans diimport dan dipasang sepenuhnya di Jepun.


Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan merah metalik. BERNAMA

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan