Proton lancar Saga Plus Varian Baru!


Proton lancar Saga Plus Varian Baru!

Minggu lalu Proton telah memperkenalkan satu lagi varian model Saga yang dikenali sebagai Saga Plus.

Masih mengekalkan nadi utamanya enjin 1.3 litre Campro IAFM dan boleh dipilih sama ada dalam transmisi manual dan CVT. Saga Plus ditawarkan pada harga serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit dan boleh didapati mulai 15 Ogos 2015 disemua bilik pameran Proton.

Sebenarnya Saga Plus adalah pengganti kepada varian Saga SV sedia ada, tetapi dengan tambahan lima ciri-ciri baharu yang menarik tetapi mengekalkan tanda harga yang sama. Dengan pengenalan model ini Proton akan menamatkan pengeluaran varian Executive dan SE untuk memberikan lebih nilai kepada pembeli. Antara ciri-ciri baharu Saga Plus adalah rim aloi 14″, body kit penuh, spoiler, kemasan belakang mengikut warna badan kereta dan emblem khas dengan tulisan ‘Plus’ dibahagian belakang.

“Rekaan Saga Plus tidak hanya disasarkan kepada keluarga kecil tetapi ia juga direka untuk menarik perhatian golongan belia dan eksekutif muda yang baharu memulakan kerjaya. Kos pemilikan Saga untuk tempoh 5 tahun juga lebih rendah jika dibandingkan dengan saingannya.” kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton.

Proton Saga Plus kini secara rasminya dibuka untuk tempahan dan ditawarkan dengan lima pilihan warna yang menarik iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown. Saga Plus juga didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 60,000km (yang mana lebih dahulu).

* Tiba-tiba je ada varian Saga Plus. Mungkin ini salah satu strategi pemasaran Proton untuk menaikkan lagi jualan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan