Honda telah melancarkan prototaip model BR-V (Bold Runabout-Vehicle)mereka di Gaikindo Indonesia International Auto Show hari ini.
Model BR-V ini dibina di atas platform Honda Brio, model segmen A (sama saiz dengan Hyundai i10, Perodua Axia dan Proton Savvy) tetapi chasisnya telah dipanjangkan dan dilebarkan untuk membenarkan tiga baris kerusi dimuatkan di dalam BR-V ini.Ia lebih memberi fokus kepada pasaran entry level dengan tujuh tempat duduk.
Buat masa kini, hanya Toyota Avanza dan Perodua Alza yang ada dalam kategori tersebut, dan kita boleh andaikan harga BR-V, sekiranya diperkenalkan di Malaysia, akan berada di atas Perodua Alza.
Anggaran Carreta, dalam julat harga RM70,000 hingga RM90,000.
Prototaip ini nampaknya sudah hampir pada bentuk produksi dan tidak hairan jika Honda akan melancarkannya di Indonesia dan Thailand dalam masa yang terdekat ini.
Sayangnya, Honda tidak menunjukkan lagi kemasan kabin untuk BR-V lagi.
Enjin
4-silinder 1.5L i-VTEC (sama dengan Honda Jazz dan City)
120 hp dan 145 Nm
Transmisi CVT atau manual 6-kelajuan
Alat keselamatan
Dua beg udara di depan
ABS, EBC
Vehicle Stability Assist (VSA)
Hill Start Assist
Feature lain
- Lega bumi (ground clearance) yang tinggi
- Lampu belakang LED
- Roda aloi 16 inci
- Ruang dalam terluas di dalam kelasnya
- Paparan Multi Information
- Corong pendingin hawa antara baris pertama dan baris kedua