Senarai harga & Spesifikasi Proton Perdana 2016


Harga Dan Spesifikasi Proton Perdana 2016 Baru

Perdana 2016 datang dalam dua varian: Perdana 2.0 dan Perdana 2.4. Proton Perdana 2.0 dikuasakan oleh enjin Honda R20A3 2.0 liter 154 hp/189 Nm, manakala Perdana 2.4 dikuasakan oleh enjin i-VTEC K24Z2 2.4 liter 178 hp/222 Nm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi otomatik 5 kelajuan.

Buat masa ini hanya terdapat info mengenai Perdana 2.4L. Maklumat Perdana 2.0L akan dikemaskini kemudian.

Proton Perdana 2.4 2016 boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Citrine Gold dan Midnight Black.

Berikut adalah gambar-gambar, senarai harga, serta spesifikasi kereta sedan Proton Perdana 2.4 2016.

proton perdana 2.4 baru


Senarai harga Proton Perdana 2016

Harga rasmi belum diumumkan, tetapi kereta Proton Perdana 2.4 dijangkakan berada dalam julat RM100,000 hingga RM150,000. Harga rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja ia diumumkan semasa pelancaran.


Spesifikasi Proton Perdana 2016

Berikut adalah spesifikasi utama Proton Perdana 2.4L Premium:

spesifikasi proton perdana 2_4 2016
Klik untuk gambar penuh/jelas
Sumber: Brosur pra-pelancaran Proton Perdana oleh Proton Edar
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016



Ketahui harga, spesifikasi, variant, rekabentuk dan gambar Proton Perdana Baru 2016 (Generasi ke-2). Model kereta terbaru keluaran Proton bagi segmen D.

Setelah lebih dari 20 tahun model Perdana keluaran Proton tidak ada model gantian, akhirnya hasil kerjasama dengan Honda, Model Baru Proton Perdana 2016 (Generasi ke 2) ini akan muncul juga tidak lama lagi.

Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016

Seperti yang kita semua ketahui, model Proton Perdana Baru ini menggunakan model Honda Accord Generasi ke 8 yang diubah suai rekabentuk luarannya namun ianya tidak akan kelihatan sama seperti model keluaran khas untuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Proton telah menggunakan sepenuhnya kepakaran yang mereka ada untuk mengubah dan menjadikan Proton Perdana 2016 ini kepada sebuah kenderaan dengan rekaan baru yang menonjolkan dna Proton tanpa sedikit pun menyerupai Honda Accord.

Akhirnya sudah hampir tiba kepenghujungnya... Proton Holding dengan rasminya mengumumkan bahawa mulai 16 Februari, Proton Perdana Baru 2016 ini telah pun dibuka untuk tempahan di semua pusat pengedar Proton yang sah sebelum pelancaran rasmi yang dijangkakan pada bulan Mac/April 2016 nanti.

Variant Proton Perdana Baru 2016

Proton Perdana 2016 ini memiliki ukuran 5,020 mm panjang, 1,845 mm lebar, 1,475 mm tinggi dan jarak roda pula 2,800 mm. Tangki bahan apinya pula berkapasiti 70 liter.

Berikut adalah informasi awal akan harga, spesifikasi, rekabentuk dan gambar Proton Perdana Baru 2016 yang dikeluarkan dalam 2 variant.

Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016

1. Model Proton Perdana 2.0L
  • Enjin: R20A3 i-VTEC (Honda Engine)
  • Kuasa: 154 hp/189 Nm
  • Transmisi: Automatik 5 kelajuan
Spesifikasi Luaran:
  • Halogen projector headlights
  • eyebrow-like LED daytime running lights
  • Full-LED L-shaped tail lights
  • 17-inch wheels
Spesifikasi Dalaman:
  • Black leather seats
  • Silver trim on various parts of the cabin.
  • Screen head unit
  • Manually adjustable driver and passenger seats.
  • Dual zone auto aircond
  • Paddle shifter & Cruise control
  • Tilt & Telescopic Steering
Keselamatan
  • Anti trap power window
  • Four airbags
  • ABS and EBD
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016


2. Model Proton Perdana 2.4L 
  • Enjin: K24Z2 i-VTEC (Honda Engine)
  • Kuasa: 177 hp/222 Nm
  • Transmisi: Automatik 5 kelajuan
Spesifikasi Luaran
Perbezaan dan Tambahan Bodykit dari Model 2.0L:
  • Front and rear spoiler lips
  • Side skirts
  • Xenon projector headlights
  • Different design 17-inch wheels.
Spesifikasi Dalaman:
  • Upholstered in beige leather
  • Various pieces of wood trim.
  • Two separate screens (with one acting as the head unit, and the other serving as a display for among other things, the navigation function.)
  • Electric-powered driver and passenger seats
  • Dual zone auto aircond
  • Paddle shifter & Cruise control
  • Tilt & Telescopic Steering
Keselamatan
  • Anti trap power window
  • Four airbags
  • ABS and EBD
  • Electronic stability control (ESC)
Harga, Variant & Spesifikasi Proton Perdana 2016
Pilihan Warna
  • Graphite Grey
  • Sterling Silver
  • Ruby Red
  • Cotton White
  • Midnight Black
  • Citrine Gold.
Harga Proton Perdana Baru 2016
  • Belum ada tanda harga rasmi dikeluarkan bagi setiap variant tetapi Proton telah memaklumkan bahawa harga Proton Perdana Baru ini dalam lingkungan RM100K ~ RM150K

Gambar & Rupabentuk Proton Perdana Baru 2016
Gambaran rekabentuk Proton Perdana 2016 oleh Theophilus Chin
Gambar Proton Perdana 2016
Pandangan Sisi Hadapan
Gambar Proton Perdana 2016
Pandangan Sisi Belakang

Jika di lihat secara keseluruhannya, spesifikasi yang ditawarkan oleh Proton Perdana baru ini agak kureng terutama dari spesifikasi keselamatan dan aksesori. Proton Iriz pun lebih tampak premium!

Agak sukar Proton Perdana ini dilihat untuk bersaing dengan model-model lain yang setaraf dengannya.

Mungkin Proton telah terikat dengan perjanjian dengan Honda kerana tidak mungkin Proton tidak mampu menjadikan Proton Perdana ini sehebat model Premium mewah yang pasti dengan mudah Proton Perdana ini dapat mengatasi Honda Accord Generasi ke 9!

Perdana Segah Namanya

Proton Perdana Baru 2016 ini merupakan model pertama yang akan dilancarkan oleh Proton dalam siri model gantian (replacement) mereka pada tahun ini selain dari model Saga dan Persona.

Proton juga akan mengeluarkan model usahasama bersama Suzuki pada pertengahan tahun ini dalam usaha melonjakkan kembali jualan dan penguasaan pasaran kereta Proton di negara ini.

Mungkin Proton tidak begitu mengharapkan jualan yang tinggi pada Model Perdana yang menggunakan RM200 juta untuk membangunkannya kerana pasaran bagi segmen D ini agak terhad.

Namun dengan pengeluaran Model Perdana ini, ianya dapat memenuhi ruang kosong bagi melonjakkan nama Proton untuk bersaing dengan jenama-jenama terkenal dalam segmen D ini. Proton juga mahu dikenali sebagai pembuat kereta yang berprestij, hebat dan berkualiti untuk golongan pertengahan.

Mungkin dan mampukah Proton memikat golongan sasaran ini untuk membeli model kereta Proton Perdana Baru 2016 ini... Hanya jumlah jualan akan menjadi buktinya nanti...


p/s: Spesifikasi di atas adalah pendedahan awal Proton dan mungkin ada perubahan dan tambahan apabila dilancarkan kelak. Sumber gambar dan info - Paultan.org




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan