Bila Foto Gambar Proton Iriz kemalangan berlegar di laman sosial!

Foto Proton Iriz kemalangan berlegar di laman sosial!

Pagi ini kecoh di laman sosial dengan penyebaran gambar Proton Iriz yang rosak teruk akibat kemalangan pada kelajuan tinggi.

Menurut maklumat yang diterima, sebenarnya kejadian tersebut telah berlaku pada 3hb lalu di kilometer 313.8, Lebuhraya PLUS Arah Utara. Difahamkan pemandunya mengantuk dan semasa kejadian berlaku dikatakan kelajuan Proton Iriz tersebut pada 150 km/h sebelum merempuh sebuah kenderaan lain yang berada dihadapannya.

Namun pemandu Proton Iriz tersebut hanya mengalami kecederaan ringan. Jika dilihat pada gambar impak berlaku dibahagian penumpang hadapan, walaupun remuk teruk tapi struktur tiang A masih kukuh dan beg udara berfungsi dengan baik.

Ini adalah bukti sistem keselamatan Proton Iriz tinggi dan telah pun diikitraf oleh ASEAN NCAP. Nasihat saya kepada rakan-rakan, berhati-hati semasa di jalan raya. Jika mengantuk berhentilah sebentar untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.
* Kalau nak tahu, lelaki yang berbaju oren hitam tu la pemandunya, syukurlah dia selamat walaupun kereta dia boleh dikira “total lost”. Foto-foto diperolehi dari laman Facebook Yusri Salleh dan forum Lowyat.net

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan