Kereta Terbang Pertama seumpamanya di dunia diperkenalkan (Video & Gambar)


(Video & Gambar) Kereta Terbang Pertama di Perkenalkan

VIENNA: Sebuah syarikat aeroangkasa iaitu Aeromobil telah memperkenalkan kereta terbang pertama di dunia yang mampu terbang melebih 700km dengan hanya satu isian tangki minyak penuh.

Syarikat ini yang di terajui oleh dua usahawan Juraj Vaculik dan Stefan Klein telah mempamerkan kereta terbang mereka di sini.

kereta ini boleh dipandu seperti kereta biasa tetapi apabila hendak terbang ia memerlukan jalan lurus sepanjang 200m dengan membuka sayapnya dan terbang seperti sebuah pesawat.

Kereta yang mempunyai dua tempat duduk ini hanya menggunakan minyak petrol biasa.Kenderaan ini berkeupayaan untuk berlepas  dengan kelajuan darat 130km sejam dan boleh di lakukan di jalan biasa.


"Mungkin ada yang fikir ia adalah mainan kanak-kanak," kata Vaculik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AeroMobil di Festival Permulaan, persidangan tahunan bagi syarikat pemula yang sedang berlangsung di sini.

"Pihak berkuasa setakat ini belum lagi boleh menerima kemungkinan sebuah kereta pelik seperti jentera makhluk asing dari Slovakia berlepas daripada mana-mana lebuh raya," kata Vaculik.

Vaculik walaubagaimanpun hanya dapat memainkan video dalam festival tersebut kerana di mendapat permit untuk demontrasi penerbangan dan model di pamerkan dengan keadaan sayap terbuka penuh


Dia bagaimanapun yakin dapat menjual kereta tersebut ke negara-negara yang dasarnya lebih terbuka seperti Australia, Brazil dan beberapa negara asia barat.

Untuk mendapatkan kereta terbang itu, Vaculik berkata, pembeli perlu membayar harga sebuah kereta super mewah ditokok dengan harga sebuah pesawat kecil.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan