Perodua bakal lancar model sedan tahun 2015
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) yakin dapat melancarkan model sedan sulungnya tahun depan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh.
Beliau berkata syarikat itu ketika ini sedang berbincang dengan rakan kongsi teknikalnya, Daihatsu Motor Company Ltd, berkaitan spesifikasi teknikal bagi kereta tersebut dan kini menumpu melancarkan model kompak baharu tahun ini.
Kilang di Rawang itu yang 90 peratus telah siap dijangka selesai sepenuhnya pada pertengahan tahun ini manakala kilang di Sendayan dijangka siap pada Mac.
Aminar berkata kilang di Rawang akan dilengkapkan dengan trek ujian bernilai RM65 juta bagi menguji teknologi canggih yang akan dipasang pada model-model baharu.
"Model kompak baharu itu dijangka dilancarkan pada separuh kedua tahun ini," kata Aminar kepada pemberita di majlis makan tengah hari sempena sambutan Tahun Baru Cina, hari ini.
Beliau berkata model sedan dan kompak baharu itu akan dikeluarkan di kilang baharu syarikat di Rawang, Selangor, manakala powertrain akan dikeluarkan di Sendayan, Negeri Sembilan.
Beliau berkata model sedan dan kompak baharu itu akan dikeluarkan di kilang baharu syarikat di Rawang, Selangor, manakala powertrain akan dikeluarkan di Sendayan, Negeri Sembilan.
Kilang di Rawang itu yang 90 peratus telah siap dijangka selesai sepenuhnya pada pertengahan tahun ini manakala kilang di Sendayan dijangka siap pada Mac.
Aminar berkata kilang di Rawang akan dilengkapkan dengan trek ujian bernilai RM65 juta bagi menguji teknologi canggih yang akan dipasang pada model-model baharu.
Perodua, pengeluar kereta penumpang terbesar di Malaysia dari segi jualan pada tahun lepas, berjaya menjual 196,100 unit dan menguasai 30 peratus bahagian pasaran kereta penumpang negara.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.