Proton Iriz Active – Konsep crossover berteknologi tinggi
Proton Iriz Active – Konsep crossover berteknologi tinggi
Proton Iriz Active – Konsep crossover berteknologi tinggi, buktikan Malaysia boleh!
Tuan-tuan dan puan-puan, mempersembahkan, Proton Iriz Active! Semalam, Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad telah merasmikan pelancaran kereta konsep (berdasarkan model) Iriz semasa majlis Alami Proton di Centre Of Exellence Proton (CEO), Shah Alam. Konsep ini diberi nama Proton Iriz Active, mempamerkan Proton Iriz versi yang lebih lasak (oleh kerana ianya sebuah Crossover).Direka untuk menyerlahkan kepelbagaian kemampuan platform Iriz, Proton bercadang untuk menjadikannya pencabar baru dalam segmen mini SUV di Malaysia. Apa-apa pun, ianya hanyalah kereta konsep, sila jangan tanya mengapa kereta ini tiada di showroom Proton ya. Jika Proton mendapat reaksi positif daripada orang ramai, maka barulah Proton akan membuat keputusan untuk membawa Proton Iriz Active ini ke barisan produksi atau pun tidak. Nampaknya di sini, reaksi anda sangat-sangatlah penting ke atas masa depan Proton Iriz Active! Mari kita lihat apa kelebihan dan perbezaan Proton Iriz Active berbanding model yang sedia ada sekarang.
Dari segi exterior luaran, apa yang paling jelas sekali ialah bodykit kombinasi warna apa yang Proton panggil sebagai Earth Grey dan Orange Zest, dan pertambahan ketinggian tanah berbanding Proton Iriz yang sedia ada, sekitar 30mm. Jika diperhatikan, C-pillar kereta ini di hitamkan untuk merealisasikan reka bentuk bumbung terapung (floating roof). Roof railing perak juga dipasang untuk menambah jumlah bagasi dan kegunaan. Rimnya pula berukuran 205/45 R17.
Reka betuk futuristik pada sistem lampu dan elektronik ini adalah hasil daripada kolaborasi Proton dengan syarikat teknologi gergasi Korea LG. Proton Iriz Active mempamerkan sistem pencahayaan baru yang digelar NEXLIDE. Filem jalur elektro nya menggantikan LED Daytime Running Lights, yang digabunnkan terus ke dalam pemasangan lampu itu. Kedudukan lampu isyarat LED juga telah disusun-atur semula, diintegrasikan ke dalam bumper.
Konsol tengah telah dipasang dengan Sistem Infotainment Proton bersaiz 13.3 inci dan set tombol tradisional telah digantikan dengan paparan HD 12.3 inci. Serius, anda perlu lihat bahagian akhir video di bawah untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Memang sangat-sangat mengagumkan! Selain itu, terdapat juga pengecas wayarles dan pembersih udara bersepadu. Seperti mana-mana model berspesifikasi tinggi, tempat duduk kulitnya dihiasi dengan trim warna tema, Orange Zest yang melengkapkan “upgrade” estetik dalaman.
Menurut Paultan, acara kemuncak majlis pelancaran ini mungkin adalah sistem ADAS yang dibangunkan oleh LG, iaitu satu sistem brek kecemasan autonomi. Ia menggunakan kamera stereo yang disambungkan kepada “Live” monitor LCD untuk mengimbas halangan trafik jalan raya, mengenal pasti halangan berpotensi dan pejalan kaki yang boleh menimbulkan ancaman.
Masih tiada lagi berita mengenai enjin dan transmisi yang bakal dipasang kepada Proton Iriz Active. Iya, ianya masih sebuah kereta konsep. Mana lah tahu, Proton mungkin akan membangunkan sebuah enjin yang lain (jika ia berjaya dibawa ke barisan pengeluaran). Setelah melihat video di atas, adakah anda setuju Proton membawa Proton Iriz Active ke dunia? Sila kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah ya!
SUMBER : Paultan
Nota kaki : Kami perhatikan komen-komen negatif di alam cyber/facebook mengenai Proton Iriz makin menghilang. Percayalah, jika anda sendiri cuba duduk dalam Proton Iriz, pasti hilang serba sedikit impresi buruk anda terhadap Proton. Sambutan terhadap Proton Iriz kini makin menggalakkan. Syabas Proton!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date