Industri Automotif Malaysia mencatatkan jualan tertinggi Tahun 2013

Prestasi positif industri dipacu pertumbuhan kukuh ekonomi

Industri automotif Malaysia merekodkan jualan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 655,793 unit pada tahun lalu, meningkat 4.5 peratus atau 28,040 unit berbanding 627,753 unit pada 2012.

PRESIDEN Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad pada sidang media di Subang Jaya.

Kenderaan penumpang mencatat pertumbuhan 4.4 peratus atau 24,468 unit kepada 576,657 unit daripada 552,189 unit, manakala kenderaan komersial menambah kepada 79,136 unit, naik 4.7 peratus atau 3,572 unit daripada 75,564 unit.

Bagi tempoh suku tahunan, suku ketiga tahun lalu mencatatkan jualan tertinggi sebanyak 174,482 unit, meningkat 12 peratus berbanding 157,202 unit bagi tempoh sama 2012, berikutan berakhirnya situasi tidak menentu selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan