SILA BACA DAN SEBARKAN ARTIKEL INI
2. Tun Mahathir menyedari bahawa kelemahan PROTON yang selama ini menjadi punching bag kepada rakyat Malaysia adalah kerana kualiti keretanya yang kurang memuaskan. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, Tun memperkenalkan dasar baru seperti yang dijelaskan di atas. Memang betul langkah yang diambil oleh Tun dan PROTON ini kerana dalam industri automotif, kualiti dan kos memainkan peranan penting dalam menguasai pasaran.
3. Namun, untuk menghasilkan kereta dengan kualiti bertaraf antarabangsa, proses ini akan memakan belanja yang besar, baik dari segi teknologi, kepakaran, bahan dan lain2 lagi, dan sudah tentu harga kereta yang akan dikeluarkan juga akan meningkat. Ini perkara yang tak dapat dielakkan. Teknologi dan kualiti yang tinggi datang dengan harga yang tinggi.
4. Sejak menjadi Pengerusi PROTON berkuatkuasa 21 May 2014 yang lepas, Tun Mahathir dan PROTON telah mengumumkan pada 23 May bahawa PROTON akan melakukan kerjasama dengan beberapa syarikat automotif Jepun, termasuk HONDA. Kemudian, pada 30 May, Tun M dan PROTON mengumumkan pula akan mengadakan kerjasama dengan syarikat GEELY Automobile, sebuah syarikat automotif dari China untuk meluaskan lagi pasaran PROTON ke negara itu. Hari ini, satu lagi pengumuman penukaran dasar PROTON dibuat oleh Tun Mahathir. Jadi dalam masa 2 minggu menjadi pengerusi PROTON, banyak pembaharuan telah dibuat oleh Tun Mahathir. Semasa dilantik sebagai pengerusi, ayat pertama Tun Mahathir ialah "Rancangan saya ialah untuk bekerja dengan PROTON dan menjadikannya berjaya".
5. Tun M ada menyebut, selama ini rakyat Malaysia mahukan kereta yang berharga rendah, jadi PROTON mengeluarkan kereta berharga rendah, namun kualiti yang dapat dihasilkan denga kos rendah sememangnya tidak boleh memuaskan hati kesemua pengguna. Dan hasilnya, rakyat membalikkan kesalahan itu kepada PROTON sendiri.
6. Tun Mahathir juga ada menegur kerajaan berkenaan tindakan kerajaan yang menggalakkan import kereta berbanding menggalakkan industri kereta tempatan. Kerajaan harus sedar bahawa apabila kita mengimport kereta, wang akan mengalir keluar dan kita tidak dapat sebarang teknologi daripadanya. Memang dari segi wang cukai kita akan dapat jumlah yang agak tinggi, namun dari segi masa panjang dan dari segi perkembangan teknologi automotif negara, ini tidak akan membantu, malah membantutkan lagi perkembangan industri kita, terutamanya PROTON. Harus diingat bahawa PROTON merupakan satu2nya syarikat subsidiari automotif yang dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia iaitu menerusi DRB-HICOM. PERODUA hanyalah limited company kepada DAIHATSU yang berasal dari Jepun.
7. Dasar baru PROTON ini juga dijangka akan menguatkan lagi kedudukan PROTON untuk menembusi pasaran global. Jumlah eksport PROTON ke negara luar seperti Mesir, Australia, Brunei, Indonesia dan negara lain masih lagi dalam jumlah kecil, kurang daripada 10,000 unit setahun. Sekiranya kita dapat hasilkan kereta dengan kualiti lebih tinggi, dengan strategi pemasaran dan harga yang kompetitif, sudah tentu kita dapat lebih menembusi pasaran global ini.
8. Tun M merupakan seorang anak Melayu yang bijak dan berpandangan jauh. Sekiranya kita lupa, kita boleh lihat perbezaan keadaan Malaysia semasa tahun 1982 semasa beliau mengambil alih pemerintahan dan semasa 2004 semasa beliau meletakkan jawatan. Malaysia jauh membangun dalam masa 22 tahun tersebut. Tun M juga dah membuktikan keupayaan beliau mengembangkan PETRONAS sehingga menjadi syarikat minyak antarabangsa yang dari segi keuntungan termasuk dalam Top 10 di dunia mengalahkan gergasi minyak yang lain. Jadi, sudah tentu Tun Mahathir dan PROTON ada strategi mereka sendiri yang mungkin kita sebagai pengguna kurang faham, namun saya percaya apa yang Tun Mahathir cuba lakukan adalah semata-mata untuk memajukan PROTON sebagai sebuah syarikat automotif kelahiran Malaysia yang mampu bersaing di taraf antarabangsa.
9. Admin merupakan seorang engineer dalam bidang automotif, dan sedang bekerja di salah sebuah syarikat automotif di Jepun. Admin berasa teruja apabila Tun Mahathir bersetuju menjadi Pengerusi PROTON kerana admin tahu bahawa Tun akan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki PROTON. Admin sedang berusaha sedaya mungkin untuk menyerap teknologi automotif yang diguna di Jepun ini dan insyaAllah sekiranya diberi peluang, admin akan kembali ke Malaysia untuk berkhidmat bersama PROTON dan menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi yang akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, selari dengan wawasan yang dibawa Tun Mahathir.