LONDON – Pembuat kereta terkemuka Britain, Jaguar Land Rover bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China kerana meniru reka bentuk sebuah kenderaan pacuan empat roda milik syarikat itu.

Jaguar Land Rover dilaporkan berang selepas sebuah syarikat pengeluar kereta dari China, LandWind melancarkan model kenderaan pacuan empat roda terbaharunya, X7 pada pameran kereta Guangzhou minggu lalu.
Model X7 yang berharga £14,000 (RM73,500) itu mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan model Range Rover Evoque keluaran Jaguar Land Rover dan berharga £40,000 (RM210,000).

Picture

MODEL pacuan empat roda X7 keluaran syarikat China, LandWind yang didakwa meniru model Range Rover Evoque.

Picture

Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Dr. Ralf Speth memberitahu majalah Autocar, amalan meniru reka bentuk yang masih berlaku di China sangat mendukacitakan.

“Harta intelektual ini milik kami dan jika ada syarikat yang melanggarnya itu bermakna telah melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.

Model kenderaan X7 yang lebih murah itu didapati mempunyai reka bentuk badan, lampu dan pelindung radiator yang hampir sama seperti Range Rover Evoque.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date