Produa Bakal Memperkenalkan Kereta Sedan Pertama Keluaran Mereka Pada 2016
Ketua Pegawai Eksekutif Produa, Datuk Aminar Rashid telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai rancangan mereka untuk melancarkan kereta sedan pertama keluaran Perodua
Kereta sedan terbaru ini dikatakan diberi nama kod D63D. Setiap kereta konsep produa akan diberi kod contohnya yang telah dipakai D54T untuk Myvi, D46T untuk Alza dan D87A untuk Axia.Sedan itu dikatakan telah diluluskan dan kini dalam peringkat prototaip. Perodua telah menilai enjin, platform dan penghantaran. Platform yang digunakan harus menjadi platform Toyota atau Daihatsu sedia ada.
Walaupun dikatakan kebanyakkan rekaan kereta produa adalah dari Daihatsu, tetapi hampir semua rekaan dalaman adalah dihasilkan sendiri oleh mereka.
Aminar juga mendedahkan bahawa Perodua menyasarkan NCAP Kedudukan keselamatan lima bintang untuk kereta baru ini, tetapi tidak disebut pula NCAP Global atau NCAP ASEAN.
Tapi kalau berdasarkan kereta konsep yang pernah dipamerkan oleh Produa ialah seperti gambar dibawah iaitu Produa Buddyz di Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS) lalu.
Selain Produa Buddyz produan juga pernah mempamirkan sebuah lagi kereta konsep mereka iaitu Perodua Bezza di KLIMS 2010.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan secara tepat rekabentuk yang bakal ditawarkan oleh Produa untuk kereta sedan keluaran mereka.
SUMBER: paultan.org
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87