Mistubishi bakal Lancarkan Evolution XI


Mistubishi Akan Lancarkan Evolution XI?

Sebelum ini tersebar bahawa model kereta Mitsubishi Evolution X akan berakhir dimana akan digantikan dengan model Mitsubishi Evolution XI mungkin? atau nama lain.

Menurut pihak Mitsubishi untuk rekaan mereka yang akan datang meraka akan lebih mengetengahkan teknologi hibrid yang lebih mendapat sambutan di masa sekarang dan akan datang.

Adakah Ini Rekaan Terbaru Evo 11?

Menurut Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Amerika Syarikat, Don Swearingen berkata, Evo telah “datang dan pergi” dan kini kereta lumba elektrik seperti MIEV Evolution III telah membayangkan permintaan yang akan berlaku di masa akan datang.

Mitsubishi Evolution X

Sebelum Evo berakhir beliau telah mengumumkan pihak Mitsubishi akan melancarkan model terakhir Evo edisi khas.

Seperti sebelum ini, Mitsubishi tidak akan mengalah dalam penghasilan kereta berpretasi tinggi dan menyatakan akan menghasilkan kereta yang amat berbeza dengan menekankan konsep hibrid.

Untuk rancangan ini pihak Mitsubishi perlu mengambil masa beberapa tahun lagi untuk menggantikan Mitsubishi Evolution X yang sedia ada.

Kebanyakan peminat legasi Mitsubishi Evolution berterusan kerana bagi mereka Mitsubishi Evolution adalah pilihan terbaik kerana berkonsepkan kereta Sport empat pintu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan