Toyota Vios, sebuah sedan kompak dalam segmen B tidak dinafikan sangat berjaya di pasaran Malaysia. Generasi pertama dan kedua Vios mendapat tempat di hati kebanyakan daripada kita, sehinggakan ramai yang telah memilikinya walaupun harga yang ditawarkan oleh UMW Toyota untuk rakyat Malaysia bagi saya agak tinggi.
Menjelang suku kedua tahun 2013 ini, Toyota Vios generasi ketiga mula mengambil tempat dan kembali mencuri perhatian ramai peminatnya di kalangan negara-negara ASEAN. Pelancaran global Vios 2013 berlaku di negara jiran Thailand hari ini, bertempat di pameran automotif Bangkok International Motor Show 2013. Maklumat lengkap model berkenaan juga kini sudah boleh dilihat di laman sesawang Toyota Thailand.
Antara perubahan ketara yang dapat dilihat ialah penampilan luarannya kali ini begitu dominan dan berlainan sama sekali berbanding model sebelumnya, terutamanya perubahan di bahagian muka depan dan belakang. Ianya juga termasuk kehadiran papan pemuka berwajah baru yang telah meminggirkan lokasi meter yang dahulunya berada di bahagian tengah, secara drastik kembali berada di bahagian bawah roda stereng.
Sejujurnya, ini kali pertama saya mempunyai perasaan kagum terhadap sebuah model bernama Vios, apabila model berkenaan berani berubah, mengadaptasi gaya bahasa rekaan terbaru Toyota, yang sebelum ini dapat dilihat pada model-model terbaru yang dilancarkan di pasaran Jepun dan Eropah.
Dikatakan bahawa varian untuk Toyota Vios 2013 di pasaran Malaysia ialah J, E, G, dan TRD Sportivo. Difahamkan juga model baru ini akan kekal menggunakan enjin 1.5 liter 1NZ-FE VVT-i dan 4 kelajuan Super-ECT transmisi automatik. Namun kesemua ini masih belum dapat disahihkan sehinggalah pengumuman daripada UMW Toyota sendiri.
UMW Toyota Motor telah pun membuat pengumuman rasmi mengenai harga Toyota Vios 2013 serba baharu. Walaupun ini adalah harga jangkaan, namun dijangkakan tiada perubahan ketara bakal berlaku. UMW turut sama mengumumkan bahawa tempahan untuk model terbaru ini kini dibuka secara rasmi.
Selepas pembukaan tempahan dilakukan di cawangan jualan Toyota, kini model terbaru Toyota Vios 2013 dilaporkan sudah tiba di Malaysia. Beberapa keping gambar “spyshot” mula kelihatan di Internet dengan sumber menyatakan gambar-gambar ini diambil di pusat latihan Toyota.
Difahamkan
latihan sedang diberikan mengenai Toyota Vios 2013 kepada para penjual.
Menerusi gambar di atas, dapat dilihat bahawa salah satu model yang
bakal dijual ialah Vios TRD Sportivo. Nampak gayanya tidak lama lagi
UMW Toyota pasti akan mengumumkan pelancaran model pilihan ramai rakyat
Malaysia ini. Sama-samalah kita nantikan. Kredit gambar Yuen89
Berikut ialah harga model ini mengikut variannya:-
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
Toyota Vios 1.5 J (Automatik) – RM77,300
Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200
Pada pandangan kami, harga yang ditawarkan oleh UMW ini amat
kompetitif. Pastinya sambutan hangat bakal diberikan. Namun begitu, kami
menasihatkan agar anda menunggu atau melihat terlebih dahulu secara
terperinci spesifikasi yang ditawarkan sebelum membuat tempahan.
Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75)
Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58)
Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63)
Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47)
Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49)
Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)