Harga Dan Spesifikasi Toyota Hilux TRD Sportivo 2015 Baru!

Toyota Hilux 2015 Baru Harga Dan Spesifikasi.

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)



Toyota Hilux 2015 Baru Harga Dan Spesifikasi.

Toyota Hilux 2015 se­olah-olah memberi nafas baru kepada trak pikap itu selepas diperkenalkan pada 2005.

Toyota Hilux 2015 BaruMenariknya, ia kini dilancarkan dengan varian TRD Sportivo yang tampak sporty, sekali gus memberi ruang kepada generasi muda untuk memiliki jentera berkenaan.

Ia ditawarkan dalam dua varian membabitkan 3.0G TRD Sportivo dan 2.5G TRD Sportivo, yang mana kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik.

Bagi memberi impak lebih sporty, varian berkenaan dilengkapi kit badan dan spoiler bampar depan TRD, pelekat grafik menarik pada badannya, lampu nyalaan siang (DRL) serta rim aloi warna hitam.

Selain luaran, ruang kabinnya menerima pembaharuan selepas kerusi dibaluti material kulit, kemasan gentian karbon pada panel instrumen dan perehat tangan serta dilengkapi pelapik kaki TRD.


Pada masa sama, pelanggan boleh membeli palang sports bahagian belakang yang menggunakan material ABS selepas dibangunkan oleh pasukan TRD.

Bagi varian 3.0G dan 2.5G biasa, ia hadir dengan wajah lebih premium selepas menerima sentuhan lampu DRL dengan rim aloi warna kelabu gelap, selain kemasan dalaman berbeza.


Sebagai maklum balas kepada permintaan pelanggan, jentera itu menyediakan kunci tambahan untuk tayar simpanan pada semua varian Toyota Hilux.

Pam tayar mudah alih turut disediakan sebagai ciri standard bagi model 3.0G, 2.5G dan TRD Sportivo.



Bagi ketiga-tiga model itu, ia turut menawarkan sistem audio DVD-AVN yang merangkumi kamera undur belakang, leng­kap bersama garis statik.

Sama seperti model lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, trak pikap itu hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer. Harga Toyota Hilux 2015 bermula RM87,722.20 sehingga RM112,967.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan