Bila Polis Pecah Cermin Kereta BMW Demi Selamatkan Wanita Dari Lemas

Polis Pecah Cermin Kereta BMW Demi Selamatkan Wanita Dari Lemas

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Polis Pecah Cermin Kereta BMW Demi Selamatkan Wanita Dari Lemas

Tindakan pantas pegawai polis yang bertungkus-lumus menyelamatkan seorang wanita dari lemas harus dipuji.

Beberapa keping gambar tersebar di media sosial menunjukkan pegawai polis cuma memecahkan cermin kereta BMW yang mengalami kemalangan dan terjunam ke dalam air dan cuma menyelamatkan seorang wanita berusia 63 tahun daripada kelemasan.

Detik cemas kejadian yang berlaku di Auckland, New Zealand itu berjaya dirakamkan dan wanita itu berjaya diselamatkan setelah beberapa minit usaha menyelamat dilakukan.

Menurut Paul iaitu salah seorang dari anggota polis itu, dia terpaksa bertindak memecahkan cermin menggunakan sebiji batu besar.


“Kereta itu tenggelam dengan begitu pantas. Kira-kira 30 hingga 40 saat kami berjaya mengeluarkan mangsa, kereta tersebut sudah hampir tenggelam sepenuhnya,” ujarnya.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital North Shore untuk rawatan namun disahkan hanya mengalami cedera ringan.




GEARTOP: Tugas polis bukan sahaja berhadapan dengan penjenayah, kadang-kala mereka berhadapan dengan situasi yang boleh membahayakan diri sendiri.



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan