Ini Mungkin Kereta Kompak Terbaru Keluaran Proton yang anda Nantikan



Ini Mungkin Kereta Kompak Terbaru Keluaran Proton

Semua orang dah mula berkata tentang Global Small Car atau GSC keluaran Proton yang dijangka amat menarik. 

Apapun telah banyak gambar kenderaan terbaru dari Proton ini yang tersebar ke media sosial dan ada informer kami mengesahkan ianya memang wujud di kilang Proton sana. Ops!

Foto-foto ini mungkin diambil dari makmal ujian kemalangan MIROS kerana jelas terdapat pelekat yang tertera perkataan PC3 dan Safety Lab. Jadi bagaimana rupanya?




Bila kami selak semula keratan akhbar tahun lalu, rekaan Proton Emas yang digambarkan bersama artikel tersebut memang nampak agak meleset. Mungkin belum tiba masanya lagi.

Kami harap ianya kena dengan selera anda. Apa yang pasti apabila dah dilancarkan nanti tentu ianya akan berjaya menambat hati ramai orang.

Apapun kami percaya dengan kebolehan Tun Dr Mahathir yang baru-baru ini telah berazam untuk membawa Proton ke era penjenamaan yang lebih mewah di dunia. Kita tunggu dan lihat.

Apapun rekaan kereta yang dikatakan sebagai model Perodua terbaru yang diberinama Perodua Axia ini pada kami nampak lebih mengancam.


Apa pandangan anda?

+ Terima kasih kepada Funtasticko Design kerana berkongsi bersama kami.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan