Menarik! Sultan Johor pandu Proton Saga hantar Tun Mahathir ke Lapangan Terbang

Sultan Ibrahim pandu Proton Saga hantar Tun M ke LTAS

Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan menghantar Tun Dr Mahathir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan memandu sendiri Proton Saga edisi pertama yang dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar pada 1985.

JOHOR BAHRU 10 Jan. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini dengan menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.



Sultan Ibrahim memandu sendiri kenderaan berwarna biru muda itu sambil ditemani Mahathir yang duduk di kerusi penumpang hadapan.


 Kereta dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985. Pertemuan antara kedua-dua pihak itu berlangsung selama kira-kira sejam setengah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan