UMW Toyota perkenal Hilux TRD Sportivo Varian 2015


UMW Toyota perkenal Hilux TRD Sportivo

UMW Toyota Motor memperkenalkan varian 2015 bagi trak pikap popular Toyota Hilux dengan penampilan lebih segar menerusi penggunaan Daytime Running Light (DRL) dan kemasan tempat duduk kulit bagi varian 2.5G AT.

Turut diperkenalkan ialah varian TRD Sportivo, menjadikan Hilux sebuah trak pikap sporty untuk golongan muda atau yang berjiwa muda.

Penampilan lebih segar itu disasarkan terus mengekalkan kedudukan Hilux sebagai peneraju pasaran apabila lebih 180,000 unit sudah terjual sejak pelancarannya di Malaysia pada tahun 2005.

Varian TRD Sportivo tampil dengan pilihan 3.0G TRD Sportivo (AT) dan 2.5G TRD Sportivo (AT). Selain bodykit eksklusif, pakej TRD Sportivo juga diperkemas dengan bamper hadapan dipasang lampu DRL dan rim aloi hitam.




Pembeli varian itu juga mempunyai pilihan untuk palang sport di belakang yang didatangkan dengan warna sepadan bagi meningkatkan profil aerodinamik.

Varian 2.5G dan 3.0G ditampilkan dengan kemasan kelabu gelap pada rim aloi dan DRL.

Seperti kebanyakan model yang ditawarkan UMW Toyota Motor sebelum ini, Hilux turut menawarkan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer, yang mana terdahulu.

Harga bagi model berkenaan bermula daripada RM72,698 manakala TRD Sportivo dari RM105,372.20 bagi varian 2.5G AT.












Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan