Nampaknya Proton semakin hampir kepada pelancaran model terbarunya yang diberi nama Proton Global Small Car (GSC) P2-30A.
Sekali pandang nampak macam Myvi pun ada. Pastinya banyak pihak tertunggu-tunggu rupa akhir model ini. Berdasarkan informasi kami, model ini sedang berada di dalam fasa terakhir iaitu undian pemanduan.
Adakah pelancaran Proton Global Small Car (GSC) P2-30A akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina?
Sama-samalah kita nantikan.
Yang pasti, sekiranya harga yang ditawarkan berpatutan, pasti ia akan menjadi persaingan buat kereta keluaran Perodua.