Beberapa ciri istimewa untuk Myvi Baru ini |
Jika anda ada mendengar desas-desus Perodua Myvi baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi, ya berita ini adalah benar. Ia dijangka bakal dilancarkan pada 15 Januari ini.
Menjelang hari pelancarannya, Perodua pantas mengumumkan model Myvi baharu ini telah pun dibuka tempahannya mulai sekarang.“Perodua Myvi baharu ini diberi perubahan yang lebih segar termasuk peningkatan daripada segi keselamatan standard bagi memberikan nilai yang lebih terbaik buat para pelanggan.
Setelah melakukan kajian yang lebih meluas bagi memberikan sesuatu yang terbaik buat para pelanggan, perubahan ini telah dilakukan dan ia hanya melibatkan pertambahan nilai sehingga RM3,800,”ujar Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Perodua Myvi baharu ini ditawarkan dengan dua model iaitu Myvi 1.3L dan Myvi 1.5L, di mana setiap model ini menampilkan dua varian.
Bagi Myvi 1.3L, ia ditawarkan dengan varian Standard G dan Premium X yang kedua-duanya dijanakan oleh enjin K3-VE DOHC, 16V dengan DVVT yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 67 kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 117 Nm pada 4,400 rpm.
Varian Standard G memiliki dua pilihan transmisi iaitu manual lima-kelajuan dan automatik empat-kelajuan. Manakala Premium X hanya menawarkan satu transmisi sahaja iaitu automatik empat-kelajuan.
Myvi 1.3L ini juga dipadankan dengan bampar rekabentuk aerodinamik baharu serta rim aloi lapan-jejari bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 175/65R 14. Manakala tempat duduknya hanya standard iaitu balutan fabrik sahaja.
Bagi infotainmen, Standard G hanya dilengkapi dengan radio dan pemain CD sahaja. Tetapi Premium X memiliki elemen tambahan iaitu radio dan pemain CD dengan MP3/MWA dan sambungan USB serta Bluetooth.
Aspek keselamatan pula, Premium X turut dilengkapi dengan ABS dan EBD bersama Bantuan Brek (BA) tetapi ketiga-tiga elemen tersebut tidak diimplementasikan pada Standard G.
Model Myvi 1.5L yang menawarkan dua varian iaitu SE dan Advance, dijanakan oleh enjin 3SZ-VE DOHC, 16V dengan DVVT. Ia boleh memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 136Nm pada 4,400rpm.
Antara elemen menarik yang ditampilkan pada model ini ialah bampar baharu yang lebih sporty dan juga rim aloi rekaan berpusar yang dibaluti tayar 175/65R 14.
Manakala antara elemen bagi bahagian kabinnya ialah tempat duduk separa-lekuk fabrik bagi SE dan dibaluti kulit untuk Advance.
Jika varian Standard dilengkapi dengan radio dan pemain CD dengan MP3/MWA dan sambungan USB serta Bluetooth, pastinya Advance tampil lebih menarik dengan kehadiran sistem multimedia bersama fungsi navigasi dan kamera undur.
Kedua-dua varian berkenaan juga turut dilengkapi dengan ABS dan EBD bersama Bantuan Brek (BA) bagi aspek keselamatan standard. Malahan Myvi baharu ini telah menerima penarafan empat-bintang daripada ASEAN NCAP setelah memberi penambahbaikan pada struktur kenderaan.
Menerusi model Myvi ini juga, Perodua telah memperkenalkan dua warna baharu iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold dengan menyertai pilihan warna sedia ada seperti Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
Harga yang ditawarkan bagi Myvi baharu ini adalah antara RM41,500 dan RM58,900 bagi Semenanjung Malaysia. Ia turut disertakan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).
Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015 akan dilancarkan pada 15 Januari 2015 ini. Terdapat beberapa peningkatan, penambahan dan perubahan dari sudut rekabentuk luaran serta dalaman, spesifikasi, variant, harga dan eksesori.
Model kereta paling laris di Malaysia ini akan mendapat sentuhan kosmetik dari jurutera Perodua dengan penampilan rekabentuk terbaru yang lebih terkini dan menawan.
Beberapa perubahan luaran terutama dibahagian bumper dan lampu hadapan serta bumper belakang yang akan merubah sedikit penampilannya. Begitu juga dengan beberapa peningkatan dan penambahan eksesori dibahagian dalaman.
Perodua Myvi generasi kedua yang dilancarkan pada 16 Jun 2011 kini akan berwajah baru. Pastinya Myvi terbaru ini akan kembali meraih perhatian pengguna setelah beberapa ketika agak dilupakan berikutan kemunculan beberapa model terbaru seperti Perodua Axia, Proton Iriz dan Honda Jazz. Satu strategi pemasaran yang bagus dari Perodua.
Myvi Baru 2015 kini telah dibuka untuk tempahan. |
Variant, Spesifikasi dan Harga Myvi Baru (facelift) 2015
Perodua Myvi Baru ini masih mengekalkan spesifikasi enjin yang sama iaitu 89 hp (117 Nm) 16V K3-VE 1.3 liter DVVT dan 102 hp (136 Nm) 16V 3SZ-VE 1.5 liter DVVT dengan pilihan transmisi manual (MT) dan automatik (AT).
Jika sebelum ini model Perodua Myvi ini terdapat dalam 6 varian, dimana setiap satunya mempunyai pilihan transmisi sama ada automatik (4 kelajuan) mahupun manual (5 kelajuan) tetapi Myvi Facelift Baru ini hanya ada 4 varian iaitu :
- Myvi Standard G 1.3L (MT/AT)
- Myvi Premium X 1.3L(AT)
- Myvi Special Edition 1.5L (MT/AT)
- Myvi Advance 1.5L (AT)
- Harga Myvi Baru : RM41,500 - RM58,900
Selain dari perubahan rekabentuk luaran, sudah pasti juga terdapat beberapa eksosari tambahan dan peningkatan dibahagian dalaman Myvi terbaru ini.
Diantaranya adalah Projector headlamps berserta Guide Lights rekaan terkini, Cup Holder disebelah kanan panel meter, Anti Snatch Hook disisi kerusi penumpang untuk keselamatan barangan, sistem multimedia dan navigasi terbaru yang disertakan dengan reverse camera dan sensor hadapan untuk kemudahan/keselamatan semasa membelok.
Namun kesemua ciri tambahan ini hanya ada mengikut pada spesifikasi dan varian tertentu sahaja. Selain dari itu, Myvi Baru 2015 ini juga didatangkan dengan dua warna terbaru iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold sebagai pilihan tambahan dari warna yang sedia ada.
Spesifikasi Myvi Baru |
Tidak dinafikan juga, dengan kemunculan model naik taraf (facelift) Myvi baru ini nanti pasti akan menghangatkan pasaran kenderaan di Malaysia pada awal tahun 2015.
Dilema Hala Tuju Perodua
Namun pada pandangan BM, walaupun Perodua mempunyai taraf kereta nasional kedua negara tetapi berikutan pegangan saham majoriti yang dikuasai oleh Toyota dan Daihatsu, ianya menyekat kemahiran dan peluang yang lebih besar buat jurutera tempatan mengembangkan bakat dan menguasai teknologi.
Perodua hanya mengambil model kereta Daihatsu atau Toyota yang sedia ada lalu dijenamakan semula dengan mengubah sedikit penampilan serta perbezaan eksosari. Maka, jurutera tempatan di Perodua jelas dilihat hanya pandai membuat dan mereka bentuk bumper, lampu dan sedikit eksosari dalaman.
Selagi Perodua hanya usahasama yang bermotifkan keuntungan, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat mempelajari teknologi serta kemahiran dari Toyota dan Daihatsu untuk meningkatkan tahap dan taraf industri automotif negara serta melahirkan jurutera automotif yang berkebolehan walaupun kita sememangnya terbukti mampu melakukannya.
Bilakah agaknya kita akan dapat melihat sebuah kenderaan Perodua dengan rekaan dan teknologi mereka sendiri? iaitu sebuah produk keluaran tempatan sepenuhnya seperti Proton.