Perodua Bakal keluarkan Kereta Pengganti Viva di Kilang Baru

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Perodua Bakal keluarkan Kereta Pengganti Viva di Kilang Baru.
klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)



Perodua Bakal keluarkan Kereta Pengganti Viva di Kilang Baru

Pengganti Viva dijangka menjadi model pertama yang akan dikeluarkan daripada kilang pemasangan baharu Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang kini sedang dalam peringkat akhir pembinaan.

Model itu yang akan menjadi satu-satunya model baharu sepenuhnya daripada PERODUA tahun ini selain beberapa model dipertingkat yang disasar terus mengejutkan pengguna menerusi kualiti lebih baik dan tanda harga lebih rendah, seperti dizahirkan menerusi PERODUA Alza baharu.

Guna enjin aluminium

Presiden merangkap Ketua Eksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata model baharu sepenuhnya yang akan diperkenalkan itu nanti menggunakan enjin aluminium dibangunkan Daihatsu.

Walaupun menampilkan enjin yang akan digunakan barisan kenderaan Daihatsu lain, rekaan model serba baharu itu direka bentuk sepenuhnya jurutera PERODUA.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan