Kereta konsep Proton dipercepat

Seorang model memperagakan kereta konsep menggunakan nama 'Tuah' di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC.

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Kereta konsep Proton dipercepat

Proton Holding Bhd. (Proton) akan mempercepatkan pengeluaran tiga kereta konsepnya iaitu Tuah, Lekir dan Lekiu yang diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, maklum balas yang baik terhadap ketiga-tiga kereta konsep itu membuatkan Proton akan mempercepatkan proses pengeluaran kereta tersebut untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

''Maklum balas yang baik daripada orang ramai dan pertanyaan mereka bila kereta itu akan dapat dikeluarkan untuk pasaran tempatan memberi keyakinan kepada kami untuk mempercepatkan lagi pengeluaran ketiga-tiga kereta tersebut," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Antara spesifikasi utamanya adalah:
  • Daytime LED
  • Bonnet Vents (3 keseluruhan)
  • Spoiler belakang bentuk EVO
  • Tempat duduk jenama Recaro
  • Sistem Audio Clarion skrin sesentuh
  • Rim aloi 18 inci

Beliau sebelum itu membuat tinjauan sendiri mengenai penerimaan orang ramai terhadap kereta konsep yang dipamerkan oleh Proton.

Proton Jebat Rear View


Proton memperkenalkan lima buah kereta konsep bercirikan masa depan di KLIMS 2010 yang mana kesemuanya diberi nama sempena lima pahlawan Melayu Melaka iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu.

Tuah merupakan kereta konsep sedan, Jebat kereta pameran berasaskan model Inspira,





Kasturi adalah kereta pameran berasaskan model Saga,




Lekir berasaskan model kereta sports manakala Lekiu model 'crossover'.




Syed Zainal memberitahu, sambutan baik orang ramai terhadap kereta-kereta konsep itu memberi persepsi bahawa Proton kini berada di landasan yang betul dalam memperkenalkan kereta masa depan.

Sementara itu Lotus Cars Ltd. akan memperkenal lima model baru ke Malaysia bermula tahun 2013 iaitu Elan, Elite, Elise baharu, Eterne dan Esprit.

Proton perkenalkan 'kereta pahlawan Melayu'

Proton Holding Bhd., (Proton) hari ini memperkenalkan lima buah kereta konsep bercirikan masa depan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) di sini.

Kesemua kereta konsep itu yang diberi nama sempena lima pahlawan Melayu Melaka iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Tuah merupakan kereta konsep sedan, Jebat kereta pameran berasaskan model Inspira, Kasturi adalah kereta pameran berasaskan model Saga, Lekir berasaskan model kereta sports manakala Lekiu model 'crossover'.

Turut hadir Penasihat Proton Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengarah Urusan Kumpulan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Proton yang menjadi pempamer terbesar di KLIMS ini dengan keluasan tapak pameran 1,500 meter persegi turut menampilkan beberapa buah model sedia ada serta Proton R3 baharu.

Turut membuat penampilan sulung di KLIMS ialah model terbaru Lotus Esprit yang diperkenalkan di Pameran Motor Paris baru-baru ini.

"Penampilan Proton di KLIMS ini bukan hanya sebagai menyambut ulang tahun ke-25 di dalam industri automotif tetapi juga membuktikan keupayaannya dengan mempamerkan model-model masa hadapan yang unik dan berani," katanya.

Menurut Syed Zainal, langkah memperkenalkan lima model kereta konsep ini juga bertujuan membuktikan kewibawaan kakitangan Proton yang berusaha menjadikan jenama tersebut setanding dengan jenama antarabangsa.

Katanya, Proton berbangga dengan penyertaannya di KLIMS kerana dapat berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kemahiran teknikal serta pemahaman dan pembangunan sumber manusia.

Melalui model-model konsep ini, sedikit sebanyak ia akan mencerminkan model-model baharu akan datang yang bakal diperkenalkan oleh Proton untuk peminat kereta di dalam dan luar negara.

Permulaan era hijau

HIBRID Exora REEV yang akan dipasarkan di pasaran negara ini menjelang 2012.

BAYANGKAN menikmati minum petang di kedai mamak sambil menunggu kenderaan anda siap dicas semula. Gaya hidup seperti itu mungkin kedengaran janggal namun realitinya sudah tidak begitu jauh di hadapan kita.

Begitulah gambaran dan gurauan mengenai kenderaan hibrid seperti yang diungkapkan Hazrin Fazail Haroon selaku Pengurus Besar Bahagian Perancangan Produk dan Kumpulan Pembangunan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).

“Hibrid adalah kenderaan yang akan kita lihat pada masa akan datang. Malah ia sebenarnya telah pun bermula,” ujar beliau ketika ditemui di galeri Proton pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010), baru-baru ini.

Kenaikan harga bahan bakar dan isu pencemaran sisa karbon adalah dua faktor paling utama yang mencetuskan perlumbaan baru ke arah penghasilan kenderaan yang lebih pintar dan mesra alam.

Di pasaran negara ini, kemunculan nama-nama seperti Prius, Civic Hibrid dan Insight menjadikan istilah hibrid sesuatu yang tidak lagi asing pada kita.

Selain membuat kejutan melalui lima model konsep iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu yang menjadi tumpuan sepanjang KLIMS, Proton turut membuka lembaran baru dalam teknologi hijau melalui peragaan kenderaan hibridnya.

Dua model berkenaan adalah Proton Exora REEV iaitu kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (Range Extended Electric Vehicle) dan Proton Saga EV (kenderaan elektrik) yang beroperasi dengan kuasa janaan elektrik dan petrol.

Model yang sama baru-baru ini memenangi hadiah pertama pertandingan Brighton to London Future Challenge selepas membuktikan penjimatan mengatasi prestasi jentera-jentera lain.

Berbanding model-model konsep Siri Pahlawan yang kemunculannya masih menjadi tanda tanya (sebagai kenderaan yang sah), kedua-dua model hibrid itu mempunyai masa depan yang lebih cerah dan dekat.

Hazrin memberitahu, sebelum dipasarkan secara komersial pada 2012, hibrid yang sudahpun terbukti memberi penjimatan itu akan melalui beberapa peringkat ujian dan penyelidikan yang dijadual bermula awal tahun depan.

Pengumuman mengenai pengagihan kenderaan ujian fleet (FTV) membabitkan agensi-agensi kerajaan terpilih di Putrajaya dan Cyberjaya dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, baru-baru ini.

Menurut Hazrin, dianggarkan 200 model prototaip Exora dan Saga akan diagihkan melalui program FTV secara berperingkat untuk proses pengumpulan data, isu-isu teknikal dan maklumat yang berkaitan.

“Apa yang boleh dipertingkatkan pada kenderaan ini akan dilakukan, begitu juga dengan isu-isu berkaitan keselamatan.

“Paling penting kita mahu tahu bagaimana kenderaan hibrid ini memberi kesan terhadap gaya hidup dan kehidupan seharian,” ujarnya.

Bagi memendekkan penantian dan mempercepatkan (pengeluaran), penyelidikan di dua bandar hijau itu akan dilaksana berlandaskan konsep ‘projek’ dan bukannya sekadar ujian.

Yang pasti, pencapaian terbaru di dalam teknologi hibrid itu telah memartabatkan imej Proton ke satu tahap lebih tinggi di pentas automotif antarabangsa.


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan