Kereta Konsep Perodua Bezza

KLIMS : Perodua ‘Bezza’ Konsep

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


KLIMS : Perodua ‘Bezza’ Konsep

Buat julung kalinya Perodua mempamerkan kereta konsep yang dibangunkan sendiri di pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur kali ini. Perodua yang sebelum ini hanya menyalin model Daihatsu kini dilihat bersedia untuk melahirkan sebuah model yang dibangunkan di Malaysia dengan mempamerkan konsep terbaru mereka yang dipanggil ‘Bezza’. Dari segi rekabentuk belakang dan garisan bumbung sangat mirip Toyota Prius dan mungkin jurureka Perodua mempunyai Toyota DNA. Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar.

Picture


Rekaan lampu hadapan sedikit menyerupai Mitsubishi Lancer. Dari pandangan hadapan nampak model ini cukup lebar. Di tepi bumper hadapan juga terdapat daytime running light, sesuatu yang mesti ada pada rekaan kereta terkini.

Picture


Pintu belakang jenis gelongsor juga merupakan satu inovasi baru jika berjaya dikomersilkan namun perlukah kereta kompak hatchback menggunakan pintu sebegitu yang pasti menambah kos pengeluaran kereta tersebut.

Picture Picture Picture


Bahagian belakang juga menarik dan memang amat mirip dengan Toyota Prius. Mungkinkah Daihatsu sudah memberi mandat kepada Perodua untuk menghasilkan model sendiri dan mungkin juga model ini akan disalin sebagai model Daihatsu, Toyota mahupun Subaru seperti model Myvi sekarang. Apa komen anda? (gambar paultan)

Selain Proton, Perusahaan Otomobil Nasional Kedua iaitu PERODUA juga tidak melepaskan peluang menonjolkan rekaan terbaru mereka berkonsepkan future car dan concept car. Ianya adalah model prototype yang diberi nama Bezza. Ianya adalah 100% rekaan Malaysia (respek!) dan menekankan ciri2 kemodenan dan masa depan. Kereta ni boleh muatkan 5 orang penumpang dengan kapasiti 5 tempat duduk.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan