(VIDEO) Saksikan Lamborghini Huracán Kemalangan Pada Kelajuan 320KM/h

(VIDEO) Saksikan Lamborghini Huracán Kemalangan Pada Kelajuan 320KM/h

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Jika di Malaysia, membawa kereta pada kelajuan 200KM/h di tempat awam pun sudah boleh dianggap tidak sayang nyawa, seorang lelaki di Hungary mencuba kemampuan kereta Lamborghini Huracan miliknya pada kelajuan 320KM/h di tempat awam.

Malangnya, apabila mencapai kelajuan tersebut, Lambo itu kehilangan kawalan lalu terbabas dan hancur menghentak penghadang besi dengan kuat. Menurut laporan juga, Lambo itu terbakar setelah kemalangan.

Video kemalangan itu telah dirakam sendiri oleh pemandu dan seorang penumpang yang terselamat dari kemalangan itu. Selain itu, beberapa gambar selepas kejadian juga disertakan dalam video terbabit.

Kemalangan ini sebenarnya berlaku pada bulan September tahun lepas, tetapi baru kini polis Hungary mengeluarkan video kejadian untuk umum.

Sumber: Top Gear



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan