Proton Lancar Proton Suprima S Super Premium pada harga RM 88 Ribu


Proton Lancar Proton Suprima S Super Premium pada harga RM 88 Ribu

Proton Holdings telah melancarkan varian baharu model hatchback yang dikenali sebagai Suprima S Super Premium (SP). Akronim Super Premium adalah tambahan baharu kepada Super Value (SV) yang digunakan pada Saga dan Persona.

Proton Suprima S Super Premium adalah varian paling tinggi selepas Suprima S Premium dengan penambahan kit R3 yang terdiri daripada lips depan, skirt sisi dan roda aluminium, turut berbeza ialah angkup brek yang berwarna merah. Pakej R3 tersebut adalah sama seperti Proton Prevé LE dan Satria Neo RS R3 yang didatangkan dengan perubahan kosmetik tanpa penambahan kuasa enjin.
Proton Suprima S Super Premium dikuasakan oleh enjin 1.6l CFE yang dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan CVT ProTronic. Enjin turbo itu mempunyai output kuasa sebanyak 140ps pada 5,000 rpm dan tork maksimum 205Nm dari 2,000 hingga 4,000 rpm.

Proton Suprima S SP ditawarkan pada harga RM87,929.45 dan dua warna eksklusif iaitu Fire Red dan Solid White. Tempoh waranti adalah selama 5 tahun atau 150,000km yang mana dahulu.

TIMBALAN Ketua Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Datuk Lukman Ibrahim (kanan) di samping varian ketiga terbaru bagi model Suprima S Super Premium yang dijual pada harga atas jalan RM87,929.45 ketika majlis pelancarannya di Karnival Jualan Proton berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. 

PROTON Suprima S Super Premium dilancar

Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan varian baru PROTON Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih 'sporty' berbanding varian terdahulu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROTON, Datuk Lukman Ibrahim, berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' itu dijual pada harga RM87,929.45.

"Suprima S Super Premium yang juga produk terbaik PROTON, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian itu di Karnival Jualan PROTON di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Katanya, PROTON Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).

Lukman berkata, dengan pelancaran varian terbaru itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih 'sporty' dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.
Beliau berkata, Proton mensasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu 'executive' yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638.





"Kita berjaya menjual lebih 2,000 unit varian 'executive' dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu," katanya.



Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan PROTON yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival itu.
(Gambar) PROTON Suprima, Suprima S Super Premium dilancar

MELAKA: Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan varian baru PROTON Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih 'sporty' berbanding varian terdahulu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROTON, Datuk Lukman Ibrahim, berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' itu dijual pada harga RM87,929.45.

"Suprima S Super Premium yang juga produk terbaik PROTON, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian itu di Karnival Jualan PROTON di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Katanya, PROTON Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).

Lukman berkata, dengan pelancaran varian terbaru itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.

Beliau berkata, Proton menyasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu 'executive' yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638.
"Kita berjaya menjual lebih 2,000 unit varian 'executive' dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu," katanya.

Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan PROTON yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival itu. - BERNAMA

Foto: Paultan.org

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ada sesiapa perasan skirting bhg hadapan sejak akhir2 ini byk yg hanya tergolong dlm add on bkn hanya pd model proton shj ttp juga pada model2 lain spt nisan almera nismo atau pn pd model toyota vios trd...dh mcm trend jer...mcm letak gam n lekatkan sedikit lip di bhg bumper depan n why on earth proton biarkan lip depan n skirting dgn colour asal...sucks man...nmpk sgt mcm fiber or pvc jer...takkn kalau letak cat harga pun melambung naik...like i said before, proton should gve this lips n skirting as a token free as their suprima s sales flop...serious sales sgt2 kurang so strategi baru kena buat dgn pantas...ingat x dgn model perdana dulu...lps jer proton turunkan harga n ubah bentuk bumper yg lebih sporty trus sales meningkat...learn quick by ur past proton...mana pegi consultant sales proton nih or sbb modal xda nak produce add on bumper as a free? anyway, I think this suprima s mmg byk goodies inside..thats really awesome... cuma reka bntuk exterior n interior kena berubah ikut zaman kalau x proton mmg tertinggal...

    ReplyDelete

Isu Semasa


Hiburan