Proton Preve bakal muncul dalam varian dilengkapi ESC dan 6 beg udara

Proton Preve bakal muncul dalam varian dilengkapi ESC dan 6 beg udara

klik 👉 Follow Telegram GearTop (large-bt)


Proton Preve bakal muncul dalam varian dilengkapi ESC dan 6 beg udara

Kesemua varian Proton Preve yang dijual kini di Malaysia dilengkapi dengan enam beg udara dan kawalan kestabilan elektronik (ESC ). Apabila ia telah dilancarkan pada April tahun lepas , hanya Preve 1.6 Premium CVT (CamPro CFE) didatangkan dengan ESC , dan hanya dilengkapi dengan empat beg udara pada masa itu. Manakala varian CamPro IAFM+ pula (1.6 CVT Executive dan 1.6 MT Eksekutif) , hanya mempunyai dua beg udara dan tiada ESC.

Pada bulan Oktober yang lepas, Preve LE telah diperkenalkan di negara ini pada harga RM79,688 , yang merupakan varian Preve pertama lengkap dengan enam beg udara seperti yang dilihat pada pasaran Preve di Australia , yang betul-betul mempunyai pengiktirafan ANCAP lima bintang. Dengan erti kata lain, keluaran awal Preve masih tidak boleh dikira bertaraf ANCAP lima bintang, kerana tidak memiliki kit keselamatan seperti Preve yang digunakan semasa pengujian ANCAP.

Picture
Kini, kesemua varian Preve telah dibawa ke tahap pengiktirafan ANCAP yang sama.

Daripada segi keselamatan, ketiga-tiga varian Preve – Premium, Eksekutif dan MT Executive – kini mempunyai beg udara depan, sisi dan tirai, ESC, kawalan cengkaman, bantuan brek, ABS dengan EBD, dan mounting ISOFIX.

Yang menariknya, segala penambah-baikan ini tidak membawa apa-apa peningkatan pada harga. Apa-apa pun, harganya kini adalah lebih murah sedikit berbanding harga semasa pelancaran setahun dahulu. 1.6 CVT Premium pada ketika pelancarannya dijual pada harga RM72, 990, dan kini berharga RM72, 839, manakala 1.6 CVT Executive dijual pada harga RM62, 990 semasa pelancaran, dan kini turun sehingga RM61, 921. Sementara itu, MT Eksekutif (transmisi lima kelajuan manual), dahulunya RM59, 990 dan kini dijual pada harga RM58, 921 (harga berada di atas jalan dengan insurans).

Baguslah, sudah tiba Proton menyediakan kereta berkondisi “tip-top” kepada rakyat Malaysia, seperti mana ia dijual di negara luar. Bagaimana? Apa pendapat anda?


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram untuk mendapatkan berita Automotif terkini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan