Jualan Proton meningkat pada suku tahun ke 3 2013

Proton Holdings Berhad (Proton) menjual 43,260 unit pada suku ketiga tahun ini, meningkat 27 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Selain itu, jualan pada suku itu berbanding suku kedua tahun ini turut mencatat peningkatan sebanyak 42 peratus.
 Ketua Pegawai Operasi (Komersial), Hisham Othman, berkata peningkatan ketara jualan disumbang pelancaran model Proton Saga SV pada Jun lalu.

Katanya, sejak model itu diperkenalkan, syarikat mencatat kenaikan jualan keseluruhan Saga hingga 72 peratus pada suku ketiga ini dibandingkan suku kedua lalu.

“Pengenalan Saga SV menunjukkan berlakunya peningkatan keperluan terhadap kereta mampu milik untuk pembeli kali pertama dan keluarga kecil selain turut menyediakan penyelesaian ekonomikal membabitkan isu pengangkutan kepada pelajar kolej dan universiti.

“Model ini menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia apabila lebih 22,000 unit sudah didaftarkan dalam tempoh empat bulan ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Penarafan keselamatan
 
Hisham berkata, pihaknya percaya Saga sentiasa mendapat tempat di hati dan fikiran rakyat Malaysia didorong faktor jualan unik termasuk penarafan keselamatan 3-Star ASEAN serta harga sangat kompetitif yang ditawarkan dari hanya RM33,438.

Sehubungan itu, beliau yakin Saga SV akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kereta model asas sedan yang menjadi pilihan pengguna.

“Model terbaru Proton iaitu Suprima S juga menerima minat yang memberangsangkan daripada pelanggan sejak dilancarkan Ogos lalu, yang mana an ia adalah produk terbaik kami setakat ini.

“Direka bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden, Suprima S adalah model hatchback disasarkan kepada golongan muda dengan bentuk sporty dan dinamik serta bahagian dalaman dengan kemasan premium dan prestasi enjin yang lebih baik," katanya.

Walaupun menyaksikan pertumbuhan jualan yang sangat menggalakkan di pasaran tempatan, syarikat tahu bahawa landskap pasaran automotif adalah sangat mencabar dan kompetitif.

Ramuan terbaik

Bagaimanapun, Hisham berkata, Proton sudah mempunyai ramuan terbaik untuk kembali menjadi peneraju pasaran automotif tempatan dan akan terus bekerja keras bagi meningkatkan jumlah jualan untuk merampas kembali penguasaan pasaran dengan produk utamanya.

“Rakyat Malaysia boleh menjangkakan pelancaran produk baru dari Proton dalam tempoh enam bulan akan datang yang mana kami akan terus menyediakan pelbagai model yang akan memenuhi keperluan dan jangkaan orang ramai.

“Produk berkenaan akan menawarkan keseronokan memandu dan kepuasan pelanggan terhadap semua aspek dan paling penting kereta yang selamat serta menawarkan kualiti terbaik yang bernilai untuk wang anda," katanya. 
Saga SV Lonjakkan Jualan Proton

Proton Holdings Bhd telah menjual 43,260 unit dalam suku ketiga 2013, meningkat 27 peratus berbanding dengan suku yang sama 2012, terutama dipacu oleh pengenalan Proton Saga SV pada Jun tahun ini.

Dalam kenyataan Selasa, Proton berkata Saga SV telah membantunya mencatatkan lonjakan ketara sebanyak 72 peratus dalam jualan keseluruhan Saga pada suku ketiga berbanding suku kedua 2013.

Dalam tempoh empat bulan, lebih 22,000 unit Saga SV telah didaftarkan, katanya.

Ketua Pegawai Operasi Proton (Komersil), Hisham Othman berkata Saga SV akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan utama pengguna untuk sedan peringkat kemasukan ekoran proposisi jualannya yang unik, penarafan keselamatan Asean tiga bintang dan harga yang begitu kompetitif iaitu bermula hanya dari RM33,438.

Tawaran terbaru Proton, Suprima S, turut mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengguna sejak pelancarannya pada Ogos, kata beliau.

"Sementara kita telah melihat pertumbuhan menggalakkan di dalam pasaran domestik, kita tahu landskap automotif sememangnya amat mencabar dan berdaya saing," katanya.

Hisham juga berkata pengenalan baharu dari Proton boleh dijangkakan dalam tempoh enam bulan ini kerana pembuat kereta negara itu akan terus menyediakan pelbagai model yang memenuhi keperluan dan jangkaan para pembeli.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan