Lampu aksesori: Bincang sebelum kuat kuasa
Halangan menggunakan lampu aksesori tambahan yang akan dikenakan ke atas pengguna jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu dibincangkan dengan semua pihak terlibat sebelum ia dikuatkuasakan.
Gesaan itu dibuat oleh pemilik dan kakitangan premis menjual aksesori kereta di sekitar Shah Alam dan Klang dalam tinjauan Sinar Harian di sekitar Shah Alam dan Klang, semalam.JPJ pada Ahad lalu dilaporkan akhbar berkata, bermula 1 Oktober 2014, agensi itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang menggunakan lampu aksesori tambahan selepas mendapati lampu itu menjadi antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan saman sebanyak RM300.
Seorang kakitangan premis aksesori kereta, Mohd Syafei Abdul Aziz, 28, berkata, dia tidak bersetuju dengan penguatkuasaan itu kerana berpendapat ia tidak mewakili pandangan daripada semua pihak.
Menurutnya, satu perbincangan khusus berhubung isu terbabit perlu dibuat sebelum sebarang penguatkuasaan dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
"Persidangan yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk daripada JPJ, pemilik premis aksesori kereta serta pengguna jalan raya sangat penting untuk diadakan.
"Kesemua pihak terbabit sepatutnya perlu bersemuka bagi menyatakan pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut supaya penyelesaian secara bersama dapat dicapai," katanya.
Menurutnya, masih ramai tidak faham tentang penggunaan lampu aksesori tambahan High Intensity Discharged (HID) dan diod pemancar cahaya (LED).
"Jika perbincangan itu dibuat, kita dapat leraikan segala permasalahan dan memberi penerangan yang lebih jelas," katanya.
Seorang lagi pemilik kedai aksesori kereta, Muhammad Kamil Abdul Halim, 30, turut menyokong idea untuk mengadakan sesi dialog dengan semua pihak berkaitan.
"Penguatkuasaan itu akan memberi kesan bukan sahaja kepada pengguna jalan raya yang menggunakan lampu aksesori itu, malah kepada pemilik kedai terutamanya dari segi jualan.
"Jadi pendekatan untuk berdialog itu patut dibuat terlebih dahulu, supaya penguatkuasaan yang hendak dijalankan berkesan dan adil kepada semua pihak," katanya.
Sementara itu, seorang lagi kakitangan premis serupa yang hanya mahu dikenali sebagai Jackie, 28, berkata, penguatkuasaan yang hendak dilaksanakan oleh pihak berkuasa dijangka tidak memberi apa-apa impak kepada perniagaannya.
"Jika mereka buat atau tidak buat (penguatkuasaan) tetap sama sahaja kerana kami hanya menjual apabila ada permintaan terhadap lampu terbabit.
"Pelanggan yang datang kepada kami tetapi sebagai penjual kami sudah maklumkan bahawa lampu itu tidak dibenarkan.
"Tetapi mereka masih mahu pasang. Jadi kami jual sahaja," katanya.
OPERASI PENGGUNAAN STROBE LIGHT PADA KENDERAAN.
Operasi peringkat pertama :**Operasi Berbentuk Pendidikan yang akan dilaksanakan bermula pada 7 September 2014 sehingga 31 Oktober 2014. Kaedah pelaksanaan operasi bagi peringkat ini adalah seperti:-
• Ibu Pejabat JPJ akan mengeluarkan arahan kepada semua kakitangan JPJ melalui Pengarah Negeri supaya memastikan semua kakitangan mematuhi peraturan berhubung penggunaan Strobe light pada kenderaan masing-masing agar menjadi contoh kepada pengguna jalan raya yang lain
• Ibu Pejabat JPJ juga akan mengeluarkan surat makluman dan peringatan kepada semua Kementerian dan Jabatan kerajaan bagi memastikan pematuhan peraturan berhubung penggunaan Strobe light pada kenderaan jabatan masing-masing
• JPJ Negeri akan menghantar surat makluman dan peringatan kepada semua Jabatan Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) bagi memastikan pematuhan peraturan berhubung penggunaan Strobe light pada kenderaan jabatan masing-masing
• Membuat pemeriksaan kenderaan Berbentuk Pendidikan melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) atau rondaan kepada semua pengguna jalan raya.
• Pemeriksaan kenderaan melalui SJR dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat ini tidak melibatkan tindakan saman kepada mereka yang melanggar peraturan.
• Sekiranya terdapat pengguna jalan raya yang melangggar peraturan ini, satu surat peringatan supaya menanggalkan Strobe light yang dipasang.
• Memaklumkan kepada mereka yang melanggar peraturan ini akan tarikh penguatkuasaan Berbentuk Punishment (Menghukum) yang bakal dilaksanakan bermula pada 1 Oktober 2014.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87