Perodua Buddyz – Model Konsep Terbaru PERODUA yang Futuristik

Perodua adalah satu konsep yang optimistik dipanggil Sedan Model Global (GMS) Buddyz Ia bakal disasarkan kepada pengguna urban dan generasi muda masakini. 


Kereta empat pintu ini mempunyai bentuk sudut yang cantik dan unsur pencahayaan yang menarik.

Buddyz secara meluasnya dipercayai bakal menjadi petunjuk model sedan untuk pengeluaran masa depan oleh syarikat Perodua yang kini sedang memasuki fasa kedua kajian.





Rekaan dalamannya mempunyai ruang tempat duduk lebih besar dan moden gabungan reka bentuk seni yang menarik dan ‘trending’. Terdapat ‘swooping’, ‘interface touch screen’ dengan kelebihan ‘start button’ dan paparan skrin.

Pemandu dapat melihat dua lapisan panel instrumen yang agak futuristik dan ia berbentuk bujur dengan suis audio dan ‘paddle-shift’. Pedal kaki juga mempunyai rekaan yang unik dan terdapat juga skrin LCD disediakan di belakang tempat duduk.





Perodua memperkenalkan sebuah model kereta terbaru berkonsepkan sedan yang dinamakan GMS (Global Model Sedan) Buddyz. 


Rekaan Buddyz adalah sentuhan sepenuhnya oleh anak tempatan yang diketuai oleh Ketua Pereka Perodua, Muhamad Zamuren Musa. Rekaannya yang ringkas, dengan teknologi canggih dan mesra pengguna menjadi taruhan Perodua.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan