PROTON LANCAR PERSONA SV
Proton melalui acara Bola! Bola! Bola! Mega Test Drive baru baru ini telah melancarkan varian terbaru Proton Persona iaitu Proton Persona SV. SV membawa maksud “Super Value” yangmembawakan kereta mampu milik kepada rakyat malaysia.
Proton Persona SV datang dengan dua beg udara, tali pinggang hadapan, brake cakera pada kesemua tayar, ABS dan EBD. Rim 15 inci beserta tayar 195/60. Kekurangan pada versi ini ialah tiada lampu kabus dan cermin sisi adalah mamual.
Versi persona ini masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.6 litre Campro IAFM twin-cam empat silinder. Enjin ini dapat menghasilakn kelajuan 110 kuasa kuda pada 6,500 rpm. Suspensi Proton Persona SV diambil dari MacPherson. Proton Persona SV didatangkan dengan warna Solid White, Bronze Garnet, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red, Chiffon Green atau Atlantic Blue(Biru Suprima).
Harga untuk Proton Persona SV lima kelajuan manual (RM44,938 solid, RM45,388 metallic) dan Proton Persona SV empat kelajuan auto (RM47,938 solid, RM48,388 metallic). Harga adalah atas jalan beserta insurance untuk semenanjung malaysia. Ia didatangkan dengan dua tahun atau 50,000 km waranty.
Proton juga turut menyediakan pakej menarik. Hanya dengan RM388/bulan anda sudah mampu memiliki Proton Persona SV.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/GearTop87
Tags