Mitsubishi ASX akan dipasangkan di Malaysia pada Januari 2014


Mitsubishi ASX – SUV bersaiz kompak akan dipasangkan secara tempatan

Di dalam satu kenyataan, Mitsubishi Corp (MMC) berkata pemasangan secara tempatan model tersebut merupakan salah satu langkah dalam strategi syarikat untuk mengembangkan pasaran baru.
“Untuk mengembangkan lagi kehadiran Mitsubishi di pasaran Malaysia, peningkatan operasi untuk segmen – kenderaan penumpang – adalah sangat penting.

Oleh itu, langkah pertama ialah meningkatkan lagi penjualan model ASX yang sangat terkenal dengan menukar dari mengimport buatan Jepun (sekarang – CBU) kepada dibina secara tempatan (CKD),” jelas syarikat pengeluar kereta tersebut.


Model ASX yang juga dikenali sebagai RVR atau Outlander Sport dibeberapa pasaran luar negara,akan mula dipasang bermula Januari tahun hadapan, oleh Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd, yang mana merupakan anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Bhd.

“MMC merancang untuk meningkatkan perkongsian pasaran (market share) model kenderaan mereka dengan menambah barisan model-model kenderaan, juga turut akan menambah lagi model yang akan dipasang di Malaysia,” terang syarikat pengeluar kereta dari Jepun itu.
Selain itu, langkah menguatkan asas operasinya di rantau Asia Tenggara merupakan salah satu fokus strategi MMC di dalam perancangan perniagaan mereka.


Harga ASX sekarang ialah RM 138k, pasti untuk model yang dipasang di Malaysia harganya lebih murah. Sama-samalah kita nantikan berapakah pengurangan harga yang akan dilakukan MMC.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan