Naik taraf terbaru untuk Mitsubishi ASX kini lebih bergaya



Mitsubishi Motors Malaysia hari ini telah memperkenalkan versi naik taraf terbaru SUV kompak, Mitsubishi ASX. Sesuai untuk mereka yang menikmati gaya hidup luar yang aktif tanpa meminggirkan gaya, Mitsubishi ASX terbaru ini menawarkan rim aloi 17 inci, penganjak pedal magnesium (paddle shifters), cermin sisi lipat automatik, kunci pintar (smart key) dan sistem operasi ‘push start’.

Bukan itu saja, ASX terbaru versi 2012 ini juga menawarkan kusyen kulit premium untuk lebih keselesaan dan sokongan belakang (lumbar) yang lebih baik, selain turut didatangkan dengan stereng Telescopic, paparan LCD Multi-Info dan sistem hiburan skrin sesentuh 2-DIN. Bagi kemudahan meletak kereta atau ketika mengundur pula, ianya dilengkapi sensor di bahagian depan dan belakang, serta tidak dilupakan kamera pandang belakang.



Bagi 100 pemilik pertama, mereka akan mendapat aksesori PERCUMA bernilai lebih RM5,000.00. Senarai aksesori tersebut termasuklah Large Rear Spoiler, Shift Knob, ASX Scuff Plate, Front Under Cover, Front Corner Extension, Air Vent Rings, dan Rear Styling Element. Bagi menampilkan gaya luaran lebih sporty dan mantap, ASX terbaru ini boleh didapati dalam pilihan empat warna menarik – Putih (White Pearl), Hitam (Mica Black), Merah (Red Metallic) dan Kelabu Titanium (Titanium Grey).

Mitsubishi ASX baru-baru ini telah memenangi anugerah crossover kompak paling menjimatkan dalam kategori SUV Kompak 2.0 liter yang diberikan oleh Asian Auto. Ia menggunakan enjin MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control) dengan ciri bloknya diperbuat daripada aluminium, seterusnya menghasilkan kuasa 150ps dan 197Nm tork maksimum, menjadikannya lincah dan tangkas di setiap lorong bandar. Enjin sebaik itu dipadankan dengan transmisi CVT 6-kelajuan bersama mod sport untuk pemanduan lancar, senyap dan menyeronokkan.


Untuk tujuan keselamatan, ASX didatangkan standard ciri-ciri seperti ASC (Active Stability Control) dan HSA (Hill Start Assist), termasuk ABS (Anti-Lock Braking System) EBD (Electronic Brake Force Distribution) dan beg udara SRS dwi-peringkat, termasuk beg udara di bahagian lutut pemandu.

Mitsubishi ASX versi naik taraf terbaru ini ditawarkan pada harga atas jalan RM141,995.30 termasuk insuran, dengan jaminan selama 3 tahun atau 100,000km, termasuk pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi selama 2 tahun.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Isu Semasa


Hiburan